22 Ogos, 2010

Kisah Bumi Memuntahkan Jenazah Orang Murtad




Abu Aqil Adnan

Kisah ini terjadi pada zaman Rasulullah saw sebagai pengajaran dan tanda kekuasaan Allah SWT.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, berkata:

Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar yang beragama Nasrani, dia telah membaca surah Al Baqarah dan surah Ali-Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah Saw. Kemudian dia melarikan diri untuk bersama-sama ahli kitab.

Anas berkata:'Ahli kitab menyanjungnya'

Mereka ( ahli Kitab) berkata: 'Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengaguminya'.

Setelah beberapa ketika bersama-sama ahli kitab, laki-laki tersebut meninggal dunia.


Ahli kitab menggali kubur dan mengkebumikannya. Pada pagi kesokannya, bumi memuntahkannya ke permukaan. Ahli kitab berkata :Ini mesti perbuatan Muhammad dan sahabat-sahabatnya kerana dia melarikan diri dari mereka. Mereka telah mengali kubur dan mengeluarkan mayat ini.

Kemudia mereka menggali kubur dengan lebih dalam dan mengebumikannya. Pada pagi kesokannya, bumi memuntahkannya ke permukaan. Ahli kitab berkata : Ini mesti perbuatan Muhammad dan sahabat-sahabatnya kerana dia melarikan diri dari mereka. Mereka telah mengali kubur dan mengeluarkan mayat ini.

Kemudia mereka menggali kubur dengan lebih dalam setakat mereka mampu. Pada pagi kesokannya, bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka akhirnya mengetahui bahawa itu adalah bukan perbuatan manusia. Maka mereka mencampakkannya begitu sahaja di permukaan bumi. ( Imam al-Bukhari dan Muslim)


Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah benar ini yang menimpa individu yang mendurhakai Allah SWT. Semoga Allah merahmati dan mematikan kita dalam iman dan memperoleh ihsanNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share