20 Ogos, 2010

Wanita Islam saman Disneyland





Imane Boudlal

LOS ANGELES 19 Ogos - Seorang wanita Islam memfailkan saman ke atas Disneyland yang didakwa melakukan diskriminasi kerana tidak membenarkannya melayan pelanggan kerana memakai tudung.

Jurucakap kesatuan sekerja UNITE HERE Local 11, Leigh Shelton berkata, Imane Boudlal, 26, beberapa bulan lalu meminta kebenaran majikan di Grand Californian Hotel milik Disneyland untuk memakai tudung semasa bertugas sebagai pelayan.

Jelasnya, disebabkan tiada jawapan diterima, Boudlal memutuskan untuk memakai saja pakaian menutup aurat itu sejak bermulanya Ramadan baru-baru ini.

"Disney memberitahu Boudlal sekiranya dia mahu bekerja sebagai pelayan, hijab tidak boleh dipakai kerana tidak mematuhi cara berpakaian 'Disney Look'.
"Syarikat kemudian menasihatkan Boudlal enggan membuka tudung, dia boleh bekerja di bahagian belakang yang tidak dilihat orang ataupun pulang saja ke rumah," kata Shelton dalam satu kenyataan.

Boudlal tidak mahu menuruti syarat tersebut dan membawa kes itu ke Suruhanjaya Kesamaan Peluang AS, agensi persekutuan yang mengendalikan dakwaan diskriminasi di tempat kerja.

"Tawaran mereka meletakkan saya di bahagian belakang adalah memalukan. Mereka seolah mengatakan oleh kerana saya Arab dari Maghribi dan beragama Islam, mereka tidak mahu melihat saya berada di depan," kata Boudlal dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengarah Eksekutifnya, Ameena Mirza Qazi yang juga peguam kumpulan itu berkata, tiada alasan untuk Disney tidak membenarkan Boudlal memakai tudung di tempat kerja. - AFP

sumber 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share