27 Ogos, 2010

Santai : Kisah Sebuah Handphone




Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut...

Lelaki: "Hello?"

Perempuan: "Abang, ni sayang ni,"

Lelaki: "Emmm"

Perempuan: "Abang masih ada di kelab lagi ke?"

Lelaki: "Iya."

Perempuan: "Sayang sekarang ni ada kat shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru. Cantik bang. Boleh ke sayang beli?

Lelaki: "Berapa harganya?"


Perempuan: "Cuma RM1500.00 aje"

Lelaki: "O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"

Perempuan: "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi low price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu."

Lelaki: "Berapa harga yang dia bagi?"

Perempuan: "Cuma RM280 000"

Lelaki: "O.K. Tapi pastikan harga tu dah on the road."

Perempuan: "Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

Lelaki: "Apa?"

Perempuan: "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu..Sekarang nie untuk dijual!!  Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang berhadapan dengan  pantai tu..Cantik kan bang.."

Lelaki: "Berapa harga yang mereka minta?"

Perempuan: "Cuma RM740 000...O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.."

Lelaki: "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM700 000. OK?"

Perempuan: "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You!!!"

Lelaki: "Bye... I Love you too... "

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup handphone..Sambil mengangkat tangan dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

Lelaki: "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

1 comments:

Unknown berkata...

hahahhaah

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share