29 Oktober, 2016

Sunnah Yang Diabaikan : Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.




Sunnah Yang Diabaikan : Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.

Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. boleh dikatakan kebanyakan turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim:

عن البراء بن عازب

كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.[كتاب الصلاة : باب متابعة الإمام والعمل بعده]

daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata : samiallahu liman hamidah, mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya. [Imam Muslim ]

Imam al-Nawawiy di dalam syarah Sahih Muslim berkata : berdasarkan hadis ini adab ini adalah di antara adab-adab dalam solat iaitu sesungguhnya sunnah seorang makmum tidak turun sujud sehingga jelas imam meletakkan dahinya di lantai kecuali makmum tahu sekiranya dia melewatkan untuk sujud seperti ini pasti imam telah bangkit daripada sujud.

Sunnah ini juga sebagai mencegah makmum daripada mendahului imam kerana perbuatan itu boleh membawa kepada batal solatnya sekira dia tahu dan sedar sepertimana pendapat Syaikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin. Ancaman agar tidak mendahului imam telah dinyatakan oleh Baginda nabi saw :

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam akan Allah mengubah kepalanya menjadi kepala himar (keldai)”. [Muttafaqun ‘alaihi]

Sementara bergerak mengiringi imam (موافقة) dari segi bacaan tidak mengapa melainkan takbiratul ihram. Manakala mengiringi imam dari segi pergerakan pula dihukum makruh dan ada yang berpendapat itu menyelisihi sunnah. wallahu A'lam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share