30 Januari, 2014

Modul Abu Sakeena Cetakan Kedua Sedia Menerima Tempahan



AbuAqil aka AbuSakeena

Setelah cetakan pertama sebanyak 500 buah habis dijual dalam masa 3 minggu lebih, tadi baru pulang dari kedai percetakan untuk mengambil 500 lagi buku cetakan kedua. Dua minggu akan datang In Sya Allah akan siap lagi 1000 buah.

Modul Abu Sakeena mula berada di pasaran pada awal Januari merupakan modul B Arab SPM. Modul ini lebih kepada nota untuk memahami kemahiran Qawaid, Sorf dan Balaghah untuk kertas 1 dan 2. Edisi kedua versi penambaikan ini be rbeza sedikit dengan edisi pertama yang diedit semula setelah diambil kira cadangan dan kehendak beberapa orang guru yang telah memilikinya. Antara penambahbaikan ialah :

- Lebih murah kerana tidak dimasukkan soalan ulangkaji umum. Namun masih banyak soalan-soalan untuk pengukuhan. Kepada pembeli modul ini yang inginkan soalan-soalan untuk latih tubi, sila maklumkan untuk saya emelkan terus soalan  percubaan negeri-negeri  tahun 2012 dan 2013

- Font arab yang lebih cantik iaitu penggunaan font ‘sakka majalla’[kredit kepada al-Fadhil Ustaz Mansur]

- Grafik dan frame yang lebih cantik.

- Jadual peta minda yang lebih menarik,jelas dan mudah difahami.
Modul cetakan kedua ini telah dipos kepada pengguna pertama iaitu :

1- Maahad Tahfiz Sains Bukit Panau, Tanah Merah. [kredit al-Fadhil Ustaz Anuar]

2- SBP Integrasi Kuantan. [kredit al-Fadhilatul Ustazah Habibah]
Modul ini sedang telah digunakan di 8 buah sekolah lain di serata semenanjung iaitu di Pahang, Perak, Negeri Sembilan termasuk 2 buah di Kelantan.

Harapan penulis semoga modul ini akan dapat membantu anak-anak pelajar menguasai B Arab SPM seterusnya dapat membuang salah faham yang mengatakannya ‘killer subject’.

Kepada guru, pelajar atau ibubapa yang berminat untuk memiliki Modul ini, sila hubungi @ WhatsApp di talian : 019-959 5458

Harga cetakan dua dijual dengan harga RM14 sebuah iaitu murah seringgit dengan cetakan pertama. Pembelian dengan jumlah yang besar akan diberi harga lebih murah.

Berita baik :
Modul Abu Sakeena khas untuk kertas dua telah dalam proses suntingan akhir .  In Sya Allah lepas cara Cina akan mula dicetak. Doakan agar dipermudahkan semua urusan.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share