12 April, 2013

Tutorial B. Arab SPM : al- Maf’ul al-Mutlak ( المفعول المطلق )



AbuAqil aka AbuSakeena

Salah satu tajuk bahagian Qawaid yang mesti dikuasai oleh setiap pelajar ialah tajuk al-maf’ul al-Mutlak. al-maf’ul al-Mutlak digunakan untuk menyatakan penegasan atau kesungguhan sesuatu kata kerja. Kalimah  al-maf’ul al-Mutlak diambil daripada kata kerja yang digunakan dan ditukar kepada masdar. contoh :

يحفظ الطالب الدرس حفظا

Menghafal pelajar itu pelajar dengan sungguh-sungguh.

Kalimah (حفظا   ) adalah al-maf’ul al-Mutlak dan ia diambil dari lafaz fe’el pada awal ayat iaitu (يحفظ ).

al-Maf’ul al-Mutlak terbahagi kepada 3 jenis :

1) Muakkid lil Fi’l ( مؤكد للفعل )/ untuk menguatkan ( penegasan) kata kerja

Sebagaimana contoh di atas. Contoh lain:

قوله تعالى :  وكلم الله موسى تكليما

I’rab :
المطلق منصوب بالفتحة المفعول  

2) Mubayyin lil fi’l ( مبين للفعل )/ untuk menerangkan keadaan kata kerja.

* al-maf’ul al-mutlak Jenis ini dapat dikenali dengan terdapat sifat/ Na’at selepas al-maf’ul al-mutlak. Contoh :

نام الطفل نوما عميقا
Bayi itu tidur dengan tidur yang nyenyak

( نوما)  sebagai al-maf’ul al-mutlak dan  ( عميقا) adalah sifat kepada al-maf’ul al-mutlak.
Termasuk dalam jenis ini juga ialah bila al-maf’ul al-mutlak itu disandarkan kepada sesuatu situasi contoh :

أكرمت الضيف إكرام الرؤساء
Saya memuliakan tetamu dengan penghormatan terhadap pemimpin-pemimpin

قوله تعالى : ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
Jangan kamu bersolek sebagaimana bersoleknya orang jahiliyyah dahulu

I’rab  :
المطلق منصوب بالفتحة المفعول  

3) Mubayyin lil-‘Adad (مبين للعدد   )/ menerangkan bilangan

* jenis ini dikenali dengan terdapat huruf ya nun (ين   ) di akhir al-maf’ul al-mutlak, contoh :

أزور المريض زيارتين
Saya melawat pesakit dua kali ziarah

I’rab  :
المطلق منصوب بالياء المفعول  

Semoga bermanfaat kepada semua pelajar. Sebarang persoalan boleh kemukakan.


4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam..sy akan mengambil peperiksaan bahasa arab tahun ni secara persendirian. masalahnya sy memang tidak tahu mengenai bahasa arab ni kerana bukan sek. agama. Bolehkah ustaz terangkan serba sedikit mengenai soalan exam dan strategi pembelajaran untuk lulus subjek ni. Syukrani

TiM berkata...

bolehkah maf'ul duduk di hadapan feel?

TiM berkata...

bolehkah maf'ul duduk di hadapan feel?

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

biasanya x berlaku maful sebelum feel..wallahu a'lam

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share