01 Februari, 2013

4 Ibnu Sina 2013 : Anak Didik Generasi ke-4



AbuSakeena aka AbuAqil

Semalam diadakan ujian bulan Januari bagi tingkatan 4 Ibnu Sina iaitu ujian pertama bagi mereka setelah menjejakkan kaki ke menengah atas dan ujian pertama Bahasa Arab untuk SPM. Tajuk Qawaid yang pertama iaitu 'jenis-jenis khabar' dapat dikuasai dengan baik. Mereka ini merupakan anak didik generasi yang keempat di SMK Dato' Perdana.

Wajah-wajah anak didik 4 Ibnu Sina buat sementara waktu sebelum akan ada yang akan berpindah
Keputusan ujian tersebut sangat memuaskan. Semua pelajar dapat menjawab dengan baik dan lebih mengejutkan terdapat tiga orang pelajar hanya salah satu sahaja. Sungguh luar biasa kerana terdapat beberapa soalan yang mengelirukan dan terdapat 3 soalan sebenar SPM 2012.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi guru kepada anak-anak didik yang bijak dan yang paling penting mereka berminat dan berani menyahut cabaran untuk mengambil kertas b. arab SPM. Mereka inilah yang akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan b arab sekurang-kurangnya dalam diri masing-masing. Semoga Allah merahmati dan membantu mereka menguasai b arab dan memberi sebaik-baik ganjaran di atas kesanggupan mereka.

Sebelum ini kelas tersebut telah kehilangan 5 orang pelajar kerana mereka menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh (SBP). Namun terdapat juga beberapa orang pelajar membuat keputusan untuk kekal di sini walaupun mendapat tawaran. Semoga pilihan anda adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat kalian.

Jumlah pelajar pasti akan berkurangan lagi bila keputusan kemasukan ke MRSM diumumkan tidak lama lagi. Entah berapa orang sahaja yang akan kekal. Situasi ini sangat berbeza dengan tahun lepas di mana umumnya pelajar yang cemerlang kekal di SMKDP.

Saya sedar minat dan mood belajar yang ditunjukkan oleh segelintir pelajar sangat mengecewakan kerana dalam hati kecil mereka telah nekad untuk berpindah. Sabar je lah. Hanya tunggu masa sahaja. Begitulah lumrah kehidupan. Bukan semua hasrat dan kehendak kita akan dapat dimiliki.

Hanya mampu memberi nasihat. Tidak menyekat dan tidak memaksa. Jauh di sudut hati ingin sangat agar mereka kekal untuk mewariskan ilmu b arab yang mulia. Hanya menyerah kepada Allah di atas ketentuanNya. Hanya mampu berdoa dan bersangka baik untuk diri dan untuk anak didik.

Kekecewaan hati ini terubat dan ceria sedikit bila dimaklumkan oleh pihak pentadbir bahawa beberapa orang pelajar dari sekolah lain berminat untuk menyambung pengajian di kelas 4 Ibnu Sina. Alhamdulillah, tiada yang lebih mengembirakan selain  ada yang sudi dan minat untuk belajar bahasa pilihan Allah. Subhanallah, ketika manusia semua inginkan yang mudah dan jalan pintas masih ada insan yang sudi mengambil jalan lebih sukar. Merekalah insan pilihan Allah.

Kepada anak didik yang memilih jalan untuk belajar b arab, yakinlah anda tidak akan menyesal di akhirat nanti kerana belajar bahasa al-Quran. Balasan dan ganjaran terbaik di sisi Rabb  akan menunggu kalian. Cuma hendaklah perbetulkan nawaitu lillah Ta'ala, belajar b arab kerana ingin memahami al-Quran.

Ingat pesanan Saidina Umar bin al-Khattab r.a : "Pelajarilah bahasa arab kerana bahasa arab merupakan bahagian terpenting daripada agamamu."


Ya Allah, ya Rahman ya Rahim,

Jadikanlah susah payah kami belajar dan memahami ilmu bahasa arab sebagai asbab kami memperoleh rahmatMu di akhirat nanti. Tiada keinginan lain selain reda dan balasan syurgaMu di 'sana' kelak.

2 comments:

aienn5052 berkata...

salam ustz....untung la bdk2 hk bleh blajar ng ustz 2....p sy generasi prtma lg kea???hoho>>bangga3....:D

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

salam aen..yup..geng2 awk palajar terbaek ustaz :)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share