10 Januari, 2013

5 Ibnu Sina : Cabaran dan Impian 2013



AbuAqil aka AbuSakeena

Barisan anak didik 2013 yang akan 'berjuang' untuk meneruskan kecemerlangan B Arab SMKDP

Setelah dua minggu berlalu sesi persekolahan 2013, barisan anak didik 5 Ibnu sina 2013 kelihatan cukup bermotivasi untuk terus mencipta sejarah gemilang SPM 2013. Barisan pelajar inilah yang telah menaikkan nama SMK Dato' Perdana sehingga muncul sekolah harian terbaik peringkat kebangsaan dua tahun yang lalu.

Insya Allah akan ada di kalangan mereka yang akan mendapat 'Straight A+' dalam SPM nanti. Target peribadi saya pada tahun ini ialah akan cuba membantu mereka semua mendapat A+ subjek Bahasa Arab.  Teknik PnP yang lama masih akan dikekalkan. Namun beberapa teknik pengajaran akan ditambah untuk memantapkan kemahiran semua anak didik terutama kemahiran mengarang insyak.

Semua ini bertujuan agar mereka tidak bergantung kepada teknik menghafal semata-mata. Apa yang perlu mereka lakukan ialah perlu menguasai dan mengetahui banyak perbendaharaan, mahir mengubah perkataan daripada fe'el kepada masdar serta mahir tasrif fe'el.

Ustaz yakin barisan pelajar ini mampu merealisasikan impian mereka untuk mencapai A+ kertas Bahasa Arab kerana subjek ini tidak sesukar subjek Sains Tulen atau matematik tambahan.

Semua pelajar diingatkan bahawa ustaz hanyalah pembimbing dan pemudahcara untuk anda. Yang menentukan kejayaan atau kegagalan anda ialah diri anda sendiri. Teruskan berusaha sedaya-upaya menuntut ilmu Allah, jangan jemu dan berputus asa, sentiasa berdoa dan bertawakkal kepadaNya..Insya Allah impian anda akan menjadi realiti. Kalian semua sentiasa ada dalam doa ustaz.

2 comments:

Anis berkata...

InsyaALLAH ustaz , pelajar 5 ibnu 2013 takkan kecewakan ustaz . terima kash di atas segala tunjuk ajar ustaz kepada kami sepanjang tahun lepas Dan juga tahun ini yang baru bermula 11 hari . Doa ustaz amatlah kami harapkan untuk mengiringi kejayaan kami . =D

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

ahsanti wa syukran anies...smg sep2 awk akan cemerlang semo subjek..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share