01 Disember, 2012

Ya Rabb Aku Telah Buat Yang Terbaik



AbuAqil aka AbuSakeena

semoga  anda sentiasa dirahmati Allah 

Lebih kurang pukul 11.45 pagi tadi berakhir kelas ulangkaji terakhir untuk anak-anak didik 5 Ibnu Sina 2012 yang bermula Rabu lepas. Tadi merupakan saat terakhir saya menjadi guru bahasa Arab kepada mereka setelah 2 tahun membimbing dengan penuh kesabaran dan ujian.

Saya bersyukur kerana mendidik anak-anak pelajar yang sabar, tabah, tidak banyak kerenah, mudah mendengar kata dan taat semua arahan dan kehendak ustaz.

Ustaz telah lakukan yang terbaik untuk anda dan tiada alasan untuk anda tidak mendapat A dalam SPM nanti..Insya Allah dengan izin Allah.

Berasa sungguh lega kerana dapat menyempurnakan amanah membimbing mereka sehingga mahir semua tajuk. Aku telah lakukan yang terbaik ya Allah..

Alhamdulillah..syukur kepadaMu ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami semua.

Apa yang ustaz harapkan anda semua menjawab dengan sebaik mungkin pada23 Disember nanti dan anda pasti akan ceria dan berpuas hati pada akhir mac 2013 setelah mendapat keputusan SPM nanti. 

Tiada apa balasan yang diharapkan daripada anda semua. Memadailah anda memanjat doa untuk diri yang sangat memerlukan rahmat dan keampunan Allah.

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua dan memberikan kejayaan yang cemerlang dalam SPM umumnya dan A+ subjek bahasa Arab khasnya.


1 comments:

thdotcom berkata...

semoga berjaya ustaz...
stret a's 5 ibnu..:)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share