08 Jun, 2012

Mangsa Kerakusan Politik Dungu




AbuAqil aka AbuSakeena

Saya memang tidak suka menulis topik berkaitan dengan politik. Tidak pernah ada posting berkaitan dengan politik di dalam blog ini. Ini yang pertama.  Sangat tidak berminat. Namun pada pagi ini bila membelek beberapa isu politik terkini perasaan sedih, kecewa dan sangat bersimpati memaksa saya menulis juga isu politik.

Isunya ialah pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) dibekukan pinjaman oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan disahkan oleh menterinya. Rujuk link

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada kerajaan negeri [pemilik universiti tersebut] dapat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.

Bayangkan anda sendiri yang menjadi pelajar tersebut atau anak anda, atau sanak saudara anda atau anak didik anda. Apa perasaan anda? Niat mereka untuk menuntut ilmu terbantut hanya kerana politik tidak matang pihak tertentu.

Mereka menjadi mangsa kerakusan politik tanahair. Apa salah dan dosa mahasiswa tersebut? Ada di kalangan mereka yang tidak tahu apa-apa pasal politik, tidak pernah mencampuri hal politik namun terperangkap dalam situasi tersebut. Sangat kasihan.

Sehingga dilaporkan ada pelajar yang berniat untuk berhenti belajar dan ada yang ingin berpindah ke Universiti lain. Rujuk link

Isu  ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Diharap pembekuan pinjaman tersebut tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan bijaksana agar rakyat dapat meneruskan impian murni untuk menggapai segulung ijazah sebagai memenuhi harapan orang tua.

Tulisan ini tidak berniat untuk menyokong atau mencela mana-mana pertubuhan politik tanahair tetapi hanyalah cetusan rasa simpati luahan hati seorang rakyat marhaen terhadap mangsa kezaliman politik dungu.

2 comments:

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

alhamdulillah...sekatan ditarik balik..
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PTPTNtarikbaliksekatanpinjamankeataspelajarUnisel/Article

cream pemutih berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share