29 Disember, 2011

Berterima Kasihlah Kepada Guru



AbuAqil aka AbuSakeena

Ramai insan yang memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam dunia akademik dan kerjaya namun tidak ramai yang bersyukur kepada Allah malah tidak tahu berterima kasih kepada golongan yang membimbing mereka sehingga mereka berjaya.

Di antara watak penting yang berperanan sehingga pelajar berjaya ialah guru. Bimbingan, nasihat dan pengorbanan mereka tidak akan mampu dibalas sampai bila-bila. Tanpa ajaran mereka kita pasti akan menjadi buta huruf. Mereka memberi perkara yang ibubapa kita tidak mampu memberikannya iaitu ilmu. Merekalah juga ibubapa kita sejak pagi sampai ke petang, kadang-kadang waktu malam pun mereka datang semata-mata untuk membimbing kita. Tiada tujuan lain melainkan ingin melihat anak didik berjaya dan tersenyum puas satu masa nanti.

Namun sayang sekali jasa bakti dan pengorbanan mereka tidak dihargai oleh insan yang bergelar pelajar. Setelah mereka mengecapi kejayaan tiada sepatah perkataan pun ' TERIMA KASIH' yang diucapkan kepada guru. Begitulah tabiat buruk manusia. Padahal ucapan terima kasih itu jauh sama sekali untuk membalas jasa mereka. Kalau ada pun yang tahu berterima kasih hanyalah beberapa kerat sahaja. begitulah insan akhir zaman.

Tidak susah mana pun untuk berterima kasih pada zaman serba canggih ini. Sekurangnya-kurangnya hanyalah menggunakan hujung jari untuk menghantar sms. Mereka bukanlah ingin pembalasan kerana mendidik adalah amanah. Namun ucapan dua patah perkataan itu pasti akan mengembirakan dan melapangkan dada mereka. Doa dan keberkatan pasti sentiasa akan mengiringi anda yang tahu berterima kasih dan menghargai jasa seorang guru.

Seseorang yang tidak tahu berterima kasih kepada orang yang berjasa kepadanya pasti  dia tidak bersyukur kepada Allah SWT. Sabda nabi saw yang bermaksud :

Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya dia juga tidak bersyukur kepada Allah SWT”.
( Riwayat al-Tirmizi )


Tidak kurang juga pelajar yang sengaja mengelakkan diri malah tidak menegur guru bila berjumpa di mana-mana. Mungkin mereka lupa wajah guru mereka atau ego mereka disebabkan kejayaan yang telah mereka kecapi. Amat malang insan seperti ini. Seorang guru akan mengingati wajah anak didiknya sampai bila-bila walau pun kadang-kadang lupa nama. 


Ingat! jadilah manusia yang sentiasa bersyukur di atas nikmat Allah dan berterima kasihlah kepada insan yang berbakti kepada anda. Jangan letakkan diri anda dalam golongan yang sombong, bongkak dan lupa diri dan asal-usul.


Ya Allah, balaslah semua kebaikan guru-guruku dengan keberkatan hidup mereka sekeluarga di dunia dan balasan syurga dan redaMu di akhirat di atas jasa dan pengorbanan mereka mendidikku sehingga aku menjadi insan yang berjaya .. Amin ya Rabb

3 comments:

6196 berkata...

huhuhu...terasa....ustz,terima kasih sbb ajar sy b.a sampai dpt a..wlaupun ustz dh pindah skolah tp ustz masih lg mengajar sy kls tambahan..terima kasih bnyk2..ustz meme terbaik lar...

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

Aliaa..sama2..ustaz buke suruh timo kasih ko ust. tp kpd semua guru yg pernah mendidik kita shgga berjaya. apapaun awk murid ustaz yg komited dgn b.arab...barakallahu fik

6196 berkata...

wlaupun tahun dpn sy dh x blajr b.arab lg tp,subjek b.arab sntiasa di hati sy...minat sngt2 la subjek ni..hehehe..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share