05 Disember, 2011

Alhamdulillah Telah Terlaksana Amanah



Semoga kejayaan yang cemerlang menjadi milik anda
AbuAqil aka AbuSakeena

Tepat jam 12.20 tengahari tadi, selesai kelas terakhir BAT setelah mencurahkan ilmu sejak 7 Februari 2011 yang bermula sebagai guru kelas tambahan malam. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kekuatan kepada diri yang lemah ini untuk menyempurnakan amanah sebagai guru Bahasa Arab Tinggi SPM 2011.

Kelas terakhir tadi merupakan kelas terakhir untuk mengulangkaji yang bermula sejak khamis lepas mengambil masa lebih kurang 4 jam sehari pada waktu pagi dan malam.

Terasa sangat lega dan terlepas beban yang sangat berat dipikul sejak pertama kali menjejakkan kaki ke SMKDP akhir Februari lalu.

Ustaz telah melakukan yang terbaik untuk anda. Segala ilmu yang ada telah dikongsikan untuk kecemerlangan anda dalam Bahasa Arab Tinggi yang sangat mencabar.

Ustaz tidak mengharapkan apa-apa balasan melainkan hanya untuk melihat anda semua gembira kepuasan bila mendapat keputusan peperiksaan nanti. itulah kepuasan sebenar seorang guru. Bila melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Walaupun mereka tidak lagi dikenang selepas itu oleh bekas anak-anak didiknya.

Kepada semua anak didik : Ahmad Syukran, Ilham Rusydan, Muhammad Ridhwan, Nurul Asyirah, Nur  Alyaa, Nur Hazimah, Nur Haniza, Khadijah dan Nur Afifah...Jawablah yang terbaik dalam peperiksaan nanti untuk membalas pengorbanan diri anda dan pengorbanan orang tua anda.

Semoga Allah mempermudahkan semua urusan anak-anak didikku semasa menjawab soalan nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share