14 Oktober, 2011

Kem Kecemerlangan BAT : Jana Keyakinan Pelajar



AbuAqil aka AbuSakeena




"Ustaz..saya takutlah nak sertai kem nanti. Mereka semua hebat-hebat, 'terer-terer' bersungut seorang anak didik bila dimaklumkan mereka akan menumpang pelajar-pelajar SMKA Tok Bachok dalam Kem kecemerlangan BAT nanti.

Alhamdulillah semalam 13 Oktober 2011 kem dapat disertai dengan sempurna bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Rasa bimbang dan takut lenyap bila mereka berada dalam dewan bersama rakan-rakan baru.


Saya dan anak-anak didik dapat memperoleh banyak manfaat daripada program warsah imtiyaz ini. Terutama perkongsian teknik kertas dua yang disempurnakan oleh ustaz Sayyidi dari SMKA Naim Lilbanat. Begitu juga sesi ceramah kertas satu oleh ustaz Che Kob dari SMKA Wataniah, machang. Jazakallahu khaira.

Pelajar-pelajar SMKDP yang dipecahkan dalam kumpulan berasingan terpaksa berkongsi ilmu di dada dengan pelajar-pelajat SMKATB bila sesi perbengkelan. Alhamdulillah, mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik, malah ada pelajar yang menjadi mentor kepada kumpulan mereka.

Kem ini sangat berfaedah kerana dapat memantapkan lagi persediaan serta dapat menjana keyakinan pelajar untuk memperoleh A+ dalam peperiksaan nanti.

Kem tersebut berakhir pada pukul 5.00 petang. saya terpaksa menunaikan janji terhadap mereka untuk bersantai di pantai Irama sebagai 'upah' kerana mengikuti kem dengan penuh semangat. Mereka sangat ceria dan menjadi 'kebudak-budakan' buat sementara waktu bila berada di pantai setelah berpenat lelah dan berdepan pelbagai tekanan.


Ustaz sangat mengharapkan semua anak-anak didik tersayang terus tingkatkan usaha, perbaiki kelemahan, tutup kesilapan agar dapat menjawab semua soalan dengan yakin.

Semoga Allah memberkati semua usaha kami dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran di atas semua beban dan kesulitan sepanjang mempelajari ilmu Bahasa Arab. ya Allah permudahkanlah semua urusan kami.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share