08 Oktober, 2011

Jangan Bimbang..Soalan B. Arablah Yang Paling Mudah!




AbuAqil aka AbuSakeena

“Betul ke ustaz soalan B. Arab mudah?”. Tanya seorang pelajar calon PMR 2011.

“Ya …betul. Takkan awak tak percayakan ustaz’. Awak akan tersenyum dari awal sampai akhir exam nanti”.  Saya menjawab.

Begitulah pertanyaan yang bertubi-tubi  daripada beberapa orang pelajar yang masih takut-takut untuk menghadapi kertas B. Arab pada 11 Oktober 2011.

Itulah jawapan yang sering saya jawab untuk menenangkan, meyakin dan mengembirakan mereka. Jawapan saya bukan tiada asas. Dengan persiapan yang begitu mantap dan rapi sejak sekian lama, kelas tambahan entah berapa puluh jam, latih tubi entah berapa ratus soalan, menghafal entah berapa puluh jam, sakit kepala dan pening entah berapa belas kali untuk mengingati, doa entah berapa ratus kali telah ditadah dan macam-macam lagi asbab yang telah dilaksanakan sebaik mungkin.

Sebab itu saya menjawab soalan B. Arab senang kerana ustaz yakin anda semua akan mampu jawab nanti walau apa soalan sekalipun kerana ikhtiar yang dilakukan insya Allah mencukupi. Hanyalah memerlukan taufiq dan petunjuk Allah agar dipermudahkan, jangan dipersulitkan, hati ditenangkan, ilham dan idea dikurniakan, panik dan gentar dihapuskan…Insya Allah.
PMR tahun ini agak istimewa kerana ustaz mempunyai dua kumpulan pelajar  yang akan menduduki kertas B. Arab ;

PERTAMA :

 3 Arab 1 SMK Putri Saadong : anak-anak didik yang diajar sejak mereka tingkatan dua sehinggalah kelas terakhir minggu lepas walaupun kelas hanya sekali seminggu. Kerana mengotakan janji akan terus mengajar mereka walaupun ustaz berkhidmat di SMK Dato’ Perdana. 


Alhamdulillah, janji telah ustaz sempurnakan walaupun sambutan pelajar  tidak 100% hadir dan memberi perhatian. Tiada apa yang mampu ustaz lakukan kerana ustaz hanyalah guru kelas tambahan. Tiada denda, tiada rotan, tiada salin pembetulan sampai berpuluh kali hatta membebel pun tiada. Kalau ada pun sekadar menyindir sekali-sekala. Kerana ustaz sedar siapa ustaz. Tidak sebagaimana ustaz lakukan kepada ‘kak-kak’ anda pada tahun lepas sehingga mereka mencipta sejarah 18 orang A.


Namun keputusan peperiksaan percubaan dan midyear lepas sangat membanggakan ustaz kerana ramai juga yang peroleh A sehingga tercatat antara yang terbaik di PPD Bachok. Itu hasil daripada bimbingan guru B. Arab Ustazah Nurul Khairiah yang berkaliber.

Namun rasa bimbang tetap ada di hati kerana kelemahan ‘kosakata’ yang sangat miskin di dalam dada pelajar. Inilah sebenarnya penentu A atau B atau C.

KEDUA :

3 Aked SMK Dato’ Perdana.  Anak-anak didik ini ustaz hanya sempat beberapa kali mengajar dan menyumbangkan ilmu semasa kelas tambahan malam dengan kekerapan 2 kali sebulan. Tiada apa yang mampu ustaz sumbangkan untuk anda dengan peruntukan masa sebanyak itu. Hinggakan ustaz tidak sempat mengingati nama sebahagian pelajar. Maafkan ustaz. 



Dengan masa yang sangat singkat tidak banyak ruang yang dapat ustaz gunakan untuk memberi perkongsian sebaik mungkin. Sekadar berkongsi teknik dan motivasi. Ustaz pun tidak pasti adakah kehadiran ustaz membantu pelajar 3 Aked atau sekadar mengisi ruang masa yang terluang. Kerana berdasarkan kelas terakhir terdapat teknik yang ustaz telah lama berkongsi masih tidak dapat dikuasai oleh para pelajar.

Namun ustaz yakin dengan kemampuan anda semua.  Hasil bimbingan guru B. Arab Ustazah Asiah yang komited dan usaha yang bersungguh-sungguh, ustaz yakin anda semua akan mencipta sejarah baru dalam subjek Bahasa Arab PMR. 

ANDA SEMUA AKAN PEROLEH A.

Harapan ustaz kepada semua anak didik,

 JAWABLAH yang  terbaik. YAKINLAH dengan diri sendiri. JANGAN panik dan gelabah. Jadikanlah B. Arab  PMR 2011 merupakan rekod terbaik dalam sejarah sekolah anda.

 doa ustaz sentiasa mengiringi ‘perjuangan’ anda.

اللهم ارزق طلابي نجاحا باهرا متفوقا

“Ya Allah kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak didikku.”

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share