01 Oktober, 2011

Berkata Benarlah Walaupun Pahit!




AbuAqil aka AbuSakeena

Tidak dapat dinafikan bahawa antara perkara yang paling sukar untuk diamalkan ialah berkata benar dalam setiap keadaan. Kita kadang-kadang atau seringkali tidak bercakap benar dalam percakapan sama ada untuk melepaskan diri bila ditangkap melakukan kesalahan. Kadang-kadang kita berbohong sekadar untuk bergurau dengan rakan-rakan. Kadang-kadang kita menokok tambah cerita  untuk menyedapkan lagi cerita sedia ada. 

Tanpa kita sedar semua itu membawa kita kepada dosa.

Lebih ditakuti sekiranyanya kita termasuk dalam sabda Nabi saw :

Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanga kami. [ Imam Muslim]

Ramai benar pelajar-pelajar yang memilih jalan singkat dengan membohongi guru semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada kesalahan yang dilakukan tanpa memikirkan risiko termasuk dalam hadis di atas atau hilang keberkatan ilmu yang pelajari.

Kenapa tidak mengakui sahaja kesalahan diri? Mengakulah. Kemudian pohon kemaafan di atas kesalahan itu. Seterusnya  bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Inilah yang selamat dan jalan  yang lurus membawa kepada syurga. Bukan memilih jalan cadangan syaitan dan jalan menuju kepada terkeluar dari umat nabi saw dan jalan ke neraka.

Sesiapa sahaja tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun jangan jadikan itu sebagai  alasan untuk kita terus menerus melakukan pembohongan  sehingga kita dicop sebagai penipu dan pembohong tegar.

Semoga Allah memeliharaku yang sangat lemah ini daripada terlibat dengan sebarang penipuan dan pembohongan. Tawakkaltu ‘Alaik ya Rabb.

Berkata benarlah walaupun pahit!

1 comments:

Unknown berkata...

The Best Slots | Casino Roll
The best slots at Casino Roll. If you love table games, to play blackjack, casino-roll.com you have to bet https://jancasino.com/review/merit-casino/ twice https://febcasino.com/review/merit-casino/ for the dealer to win. https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ The dealer must https://deccasino.com/review/merit-casino/

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share