04 Ogos, 2011

Cabaran Ramadan bagi pemain bola sepak Islam di Liga Jerman





BERLIN 3 Ogos - Pemain bola sepak liga Jerman beragama Islam kini dalam dilema untuk meneruskan ibadat puasa mereka menjelang pembukaan musim baru Bundesliga, Jumaat ini.

Pemain sayap Perancis, Franck Ribery yang memeluk agama Islam sejak 2002 dilaporkan tetap akan berpuasa tetapi tidak ketika beliau beraksi bersama kelabnya, Bayern Munich.

Pemain kelab SV Hamburg, Anis Ben Hatira sebaliknya merancang untuk terus berpuasa walaupun terpaksa beraksi dalam perlawanan.

Ibadah puasa bukanlah satu persedian yang ideal untuk atlet dan Majlis Pusat Islam di Jerman (ZMD) telah menerbitkan panduan untuk membantu pemain bola sepak membuat keputusan.

Ketua ZMD, Aimen Mazyek memberitahu Agensi berita Jerman dpa bahawa pemain bola boleh berpuasa selepas musim perlawanan bola tamat.

"Kami percaya mengerjakan puasa tanpa mengambil kira aktiviti fizikal dalam kerja tidak digalakkan dalam Islam," katanya.

Mazyek turut menyifatkan isu ini sukar kerana pemain perlu menyoal diri mereka sendiri sama ada sukan lebih penting daripada agama dan sama ada dia mahu beraksi dengan tenaga orang yang berpuasa tanpa mempedulikan kepentingan pasukannya.

Kelab divisyen kedua, SSV Frankfuert sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila tiga pemain Islam menerima amaran kerana berpuasa di bulan Ramadan tanpa meminta kebenaran kelab.

Kelab itu kemudiannya menerima kecaman awam dan isu itu menyebabkan kelab-kelab lain lebih berhati-hati.
Sementara itu, pemain kelab Bayer Leverkusen, Omer Toprak memberitahu dia sebelum ini patuh mengerjakan ibadah puasa, tetapi kini menyifatkannya tidak lagi sesuai dengan prinsip persembahan tinggi bola sepak.

Rakan sepasukannya pula, Karim Bellarabi mahu berpuasa selepas musim tamat, berlainan dengan pemain kelab Hertha Berlin, Tuney Torum yang tidak mahu lagi berpuasa selepas hampir pengsan ketika cuba berpuasa selama sebulan.

"Sebab itulah saya memutuskan untuk tidak lagi berpuasa, tetapi saya sangat kagum kepada pemain yang melakukannya," kata Torum. - dpa

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share