06 Ogos, 2011

Buku : 40 Hadis Palsu Popular



AbuAqil Adnan

Pagi ini pergi ke Kota Bharu untuk membeli beberapa barang keperluan rumah serta untuk menyelesaikan beberapa masalah. Seperti kebiasaannya saya mesti singgah di kedai buku Jaafar Rawas, kedai buku agama terbesar di Kelantan.

Buku yang dibeli kali ini ialah “40 Hadis Palsu Popular’ karya penulis muda Abdul Razak Muthalib. Beliau seorang pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa, Selangor. Beliau sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang pengajian al-Quran di UIA. Harga buku tersebut ialah RM8.00 ( tertulis RM10.00) dengan 236 muka surat.

Buku ini menyenaraikan 40 hadis palsu yang popular di kalangan masyarakat kita sejak zaman berzaman. Antaranya ialah hadis palsu :
1.      
Tu- Tuntutlah ilmu hingga ke China
2.   - Talak menggegarkan arasy
3.    -  Sapu muka selepas solat
4.     -  Abdul Rahman bin Auf masuk ke syurga merangkak
5.      - Kisah Alqamah anak durhaka

Buku ini juga menyatakan ulasan sarjana hadis mutaqaddimin dan mutaakhrin secara lengkap. Ditambah pula dengan ‘sekilas pandang’ iaitu penulis mengulas ayat al-Quran dan hadis sahih yang lain yang boleh diterima sebagai ganti hadis palsu tersebut.

Alhamdulillah tidak sia-sia saya berpenat ke Kota Bharu pada siang puasa yang sangat panas terik. Semoga Allah menambah ilmuku dengan bertambahnya koleksi buku ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share