12 Jun, 2011

Muhasabah : Adakah wirid lepas solat anda sama dengan wirid Nabi saw?




AbuAqil aka AbuSakeena

Adakah diri kita benar-benar cintakan Rasulullah saw? Apakah bukti kita mencintainya? Lidah kata cinta Nabi saw, tapi kenapa amalan tidak sama dengan ajaran Nabi saw?

Kadang-kadang bila selesai solat berjemaah di mana-mana masjid berasa sangat pelik, dukacita dan simpati bila mendengar wirid-wirid yang dipimpin oleh imam. Berasa pelik dan kecewa mereka tidak berwirid mengikut tunjuk ajar yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw.

Walaupun wirid yang dilafazkan tidak jauh berbeza dengan wirid Nabi saw namun berasa sangat tidak senang seolah-olah mereka mengenepikan wirid Insan terbaik di sisi Allah SWT.

Wirid yang biasa dibaca berkemungkinan diambil dari buku-buku tulisan ulama silam yang hebat. Ajaran Ulama yang tersohor sekalipun tidak mungkin lebih utama, lebih baik dan lebih disukai oleh Allah jika dibandingkan dengan ajaran Nabi saw yang berpanjikan wahyu Allah.

Fenomena ini berlaku disebabkan beberapa perkara :

1- Tidak tahu wirid Nabi saw.
2- Tahu tetapi oleh kerana dah terbiasa dengan wirid warisan.
3- Alasan : wirid itu saranan ulama silam. Juga baik dan tidak salah untuk diamalkan.

Sebab yang pertama boleh dimaafkan. Sebab yang kedua dan ketiga tidak boleh dijadikan alasan kerana kita diajar dan dididik agar sentiasa mencontohi ajaran Nabi saw terutama berkaitan dengan ibadat yang diamalkan setiap hari.

Apabila amalan harian yang bukan dari Nabi saw diamalkan secara berterusan maka akan timbul salah faham orang awam bahawa itu adalah ajaran agama. Padahal ia bukan ajaran Nabi saw. Siapa yang akan bertanggung jawab?

Sikap sepatutnya ada pada setiap muslim ialah bila kita mendapati amalan kita tidak serupa dengan ajaran Nabi saw maka hendaklah kita meninggalkan amalan biasa dan mengamalkan ajaran Nabi saw sebagai langkah berhati-hati. Dibimbangi amalan yang diamalkan termasuk dalam hadis Nabi saw yang bermaksud :

“Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari perintah kami maka ia(amalan) itu tertolak”. [Imam Muslim] 

Wirid solat yang terbaik dan disukai oleh Allah SWT adalah apa yang dibaca oleh Nabi saw tanpa sebarang penambahan kalimah, ayat atau bilangan. Amallah apa yang ditinggalkan oleh Nabi saw.

Berikut dilampirkan wirid-wirid yang sahih daripada Nabi saw selepas solat beserta dengan periwayat hadis serta kelebihannya. Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah Nabi saw yang utama ini dan meninggalkan wirid kebiasaan yang tidak sama dengan petunjuk Nabi saw.

Wirid 1:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ (3x) اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

“Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Lantas membaca: “Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dariMu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.”[Imam Muslim]

Wirid 2 :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya puji dan bagi-Nya kerajaan. Dia Maha Kuasa atas se-gala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang mencegah apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang Eng-kau cegah. Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya (selain iman dan amal shalihnya). Hanya dari-Mu kekayaan dan kemuliaan.”[Imam al-Bukhari dan Muslim]

Wirid 3 ( khas untuk lepas solat maghrib dan subuh, dibaca 10x) :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ.
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.” Dibaca sepuluh kali setiap sesudah solat Maghrib dan Subuh.[Imam al-Tirmizi]

Wirid 4 : Membaca ayat Kursi setiap selesai solat (fardu).

Kelebihannya :“Barangsiapa membacanya setiap selesai solat, tidak yang menghalanginya masuk Surga selain mati.” HR. An-Nasa’I, Ibnu Sunni , disahihkan oleh Al-Albani]

Wirid 5 : Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap selesai solat (fardu).[Abu Dawud, An-Nasa’i]

Wirid 6 : Membaca : Subhanallah (33x), alhamdulillah (33x), Allahu akbar (33x) diikuti dengan bacaan:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ.

Kelebihannya :“Barangsiapa yang membaca kalimat tersebut setiap selesai solat, akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di lautan.”[Imam Muslim]

Wirid disunting dari buku Hisnul Muslim

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share