04 Jun, 2011

Edisi Santai : Operasi Bersih Laman Rumah




'Pengarah projek' Aqil bersama 'Warrior'

AbuAqil

Setelah habis cuti minggu pertama yang sibuk dengan menanda kertas jawapan exam, pagi ini aku bersama dua orang puteraku, Haziq dan Aqil membuat operasi membersihkan halaman rumah yang terbiar entah berapa lama. Sekali pandang orang akan kata rumah aku tu seperti rumah yang tiada penghuni.. J. Rumput yang tumbuh segar ekoran hujan 2,3 minggu lepas menyerabutkan mata memandang. Aku mengambil kesempatan cuti ini dengan masa yang ada untuk ‘clear’ semua semak samun sebelum masa sibuk datang kembali.



Aku dan  Aqil ( pengarah projek yang kerjanya ke sana ke mari, tak buat apa-apa) berusaha memendekkan rumput menggunakan mesin rumput ‘warrior’ yang canggih yang dibeli pada akhir tahun lepas tapi hanya beberapa kali digunakan. Awal-awal baru beli dulu rajin la jugak. Lama-lama makin malas bercampur dengan sibuk. Sementara Haziq ditugaskan meracun rumput di kawasan belakang rumah dan sekitarnya serta membasuh beranda rumah. Aqilah, Sakeena dan Syamil tidak terlibat kerana tiada di rumah.



Operasi  yang bermula pada pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 9.30 pagi. Hasilnya alhamdulillah, sejuk mata memandang walaupun laman rumahku tanpa bunga-bunga seperti rumah orang lain. Dan inilah hasilnya…






3 comments:

Tanpa Nama berkata...

ustaz,gapo dkt dgn kpala aqil tu?????

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

ooow...tu balut handle mesin rumput tu.kebetolan napok supo dok atas palo..hehe

Tanpa Nama berkata...

oww...hihi

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share