03 Januari, 2011

Teh sukat jadi punca kanser



Kepada penggemar-penggemar teh tarik, pastikan teh yang dibacuh bukan dari teh sukat.  Kerana disahkan pengambilan teh sukat tersebut secara berterusan boleh menyebabkan kanser. Sebagai langkah berjaga….AbuAqil
------------------
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.
"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.
"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.
Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.
Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.
"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.
"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.

1 comments:

jasonbob berkata...

balenciaga
hermes belt
kobe byrant shoes
curry shoes
golden goose shoes
hermes belts
adidas nmd
jordan shoes
supreme shirts
golden goose sneakers
xiaofang20191217

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share