26 Oktober, 2010

Doa Yang Paling Kerap Dibaca Oleh Rasulullah saw




AbuAqil
Doa merupakan senjata mukmin yang paling ampuh. Rasulullah saw sepanjang hari hidup di dalam keadaan berdoa dan berzikir kepada Allah SWT. Terdapat satu hadis yang menjelaskan doa yang paling kerap dibaca oleh nabi saw. Hadis tersebut ialah

Qatadah bertanya kepada Anas, “Doa apakah yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi saw?”. Maka Anas menjawab, “Doa yang paling sering beliau panjatkan adalah ‘Allahumma aatinaa fid dun-ya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa ‘adzaban naar’ (Ya Allah berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksa neraka).” Qatadah mengatakan, “Merupakan kebiasaan Anas apabila ingin memanjatkan doa maka beliau berdoa dengan doa itu. Kemudian apabila dia ingin meminta sesuatu maka beliau menyertainya dengan doa ini” ( Imam Muslim)

Lafaz doa tersebut ialah :

اللهم رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Doa ini sebenarnya terdapat dalam al-Quran iaitu dalam Surah al-Baqarah, ayat 201. Rasulullah saw suka membaca doa ini kerana isinya merangkumi semua keperluan dan kehendak seorang hamba  dari Rabbnya yang Maha Kaya.

Marilah kita mengamalkan doa ini agar kita sentiasa mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah SWT merahmati dan mempimpin kita ke jalan yang diredaiNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share