18 Oktober, 2010

Akhirat : Golongan Yang Berjalan Dengan Mukanya




AbuAqil

Di dunia ini kita pernah melihat orang yang berjalan dengan tangan dan ia biasa dilakukan oleh ahli sarkas. Itu adalah tidak pelik. Tahukah  anda bahawa di akhirat nanti terdapat satu golongan yang berjalan dengan mukanya. Pelik bukan?. Macamana tu?. Mana boleh seseorang berjalan dengan mukanya. Itulah yang terlintas di fikiran kita bila ada orang memberitahu perihal berjalan dengan muka.  Allah SWT sendiri yang menyatakan perkara ini iaitu firmanNya dalam surah al-Furqan,ayat 34 yang bermaksud :
Orang-orang yang dihimpunkan ke neraka Jahannam dengan diseret atas muka-muka mereka, mereka Itulah orang yang paling buruk tempatnya dan paling sesat jalanNya.

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah saw lantaran pelik mengenai hal demikian.
Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan di dalam Shahihnya :
Anas bin Malik menuturkan kepada kami bahwa ada seorang lelaki yang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cara orang kafir itu dibangkitkan dan dikumpulkan pada hari kiamat nanti berjalan di atas wajahnya?”. Maka beliau menjawab, “Bukankah Zat yang telah membuatnya berjalan di atas kedua kakinya ketika hidup di dunia berkuasa pula untuk membuatnya berjalan di atas wajahnya pada hari kiamat kelak?”. Qatadah berkata, “Demi kemuliaan Rabb kita, sungguh benar Allah Maha kuasa untuk melakukannya.” ( Imam Muslim )
Pengajaran hadis :
1. Siapakah golongan tersebut?. Berdasarkan hadis Nabi saw ini mereka ialah orang-orang kafir. Kekufuran dan keingkaran beriman dengan Allah menyebabkan mereka dibangkit dalam keadaan pelik di akhirat nanti.
2. Hadis ini juga menerangkan betapa lemahnya akal manusia untuk berfikir sesuatu perkara yang di luar kemampuan akal mereka.
3. Sesungguhnya kekuasaan Allah tiada batasan. Amat mudah bagi Allah untuk menjadikan seseorang itu berjalan dengan mukanya. 
4. Kita wajib beriman dengan hari kebangkitan dan pembalasan di akhirat.
5. Amalan seseorang semasa hidup di dunia akan menentukan sama ada kebaikan atau keburukan menantinya di akhirat. 5. hadis ini adalah mukjizat Baginda saw kerana memaklumkan perkara yang belum terjadi. Orang kafir akan dibangkitkan dalam keadaan terbalik, kepalanya berada di bawah dan dia berjalan di atasnya untuk menuju pengadilan Allah ta’ala.
Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share