29 September, 2010

Larangan Meminta Agar dimatikan




AbuAqil Adnan

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan “kalau begini, mati lebih baiklah” yang keluar dari mulut seseorang yang ditimpa musibah sehingga dia berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Ungkapan seperti dilarang oleh agama kerana menzahirkan sikap berputus asa dengan rahmat Allah yang tiada sempadan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim



Berdasarkan hadis ini seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya. Seseorang itu hendaklah bersabar dan reda dengan ketentuan ilahi dan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Ketentuan itulah yang terbaik untuknya.

 ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah penghapus dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

Sabda Nabi saw :

Tidaklah seorang mukmin tertimpa kelelahan, sakit, kesulitan, kesedihan, kegundahan, dan gangguan, bahkan duri yang menusuknya sekalipun, kecuali Allah akan menghapuskan dosanya kerana musibah itu.(Imam al-Bukhari )

Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan.

Namun kita diharuskan berdoa dengan lafaz yang diajar oleh Rasulullah di atas iaitu mengaitkan kematian dan kehidupan dengan kebaikan yang akan diperolehi  oleh Allah Yang Maha mengetahui. Begitulah yang diajar oleh Rasulullah saw. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share