08 Ogos, 2010

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UKM: Saya Selalu menjadi ‘Guru” kepada rakan-rakan



Nazirah,dua dari kanan.

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kecemerlangan dalam akademik hanya akan dicapai menerusi komitmen dan kerja keras tanpa perlu dibayangi oleh status keluarga.

Perkara ini dibuktikan oleh Nazirah Hassan, 23, anak kepada bekas pekerja kilang kayu apabila dia dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Nazirah yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia menerima anugerah tersebut pada majlis konvokesyen ke-38 UKM, hari ini.

Anak bongsu daripada 12 beradik dan merupakan satu-satunya anak pasangan Hassan Mohd. Ali dan Fatimah Tamri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti itu berkata, rahsia utama kejayaannya ialah sentiasa komited dengan apa yang dilakukan

"Selain itu, saya selalu menjadi 'guru' kepada rakan-rakan yang memerlukan bantuan saya serta menjadi 'kawan' kepada pensyarah iaitu bertanya apabila berdepan dengan sesuatu kemusykilan pelajaran,'' katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen UKM di sini hari ini.

Seramai 7,382 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) yang akan berlangsung sehingga Selasa ini.

Majlis konvokesyen hari ini turut menyaksikan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Muhammad Adnan Pitchan, 24, menerima Anugerah Tun Razak kerana aktif dalam akademik dan kokurikulum.

Anak pengawal keselamatan tersebut terpilih setelah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik dengan mencatatkan purata nilai gred kumulatif (PGNK) 3.74 serta memiliki sifat kepimpinan.

"Bagi saya tiada yang lebih indah selain mencapai kejayaan ini apatah lagi saya memang bertekad untuk cuba membuatkan keluarga berbangga dengan pencapaian saya,'' katanya.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share