08 Jun, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun : Post Mortem Subjek B. Arab




Keputusan peperiksaan kertas Bahasa Arab bagi peperiksaan pertengahan tahun secara umumnya tidak memuaskan. Pelajar yang cuba menjawab secara jujur tanpa meniru menyerlahkan kelemahan-kelemahan mereka. Walaupun jumlah yang mendapat A bertambah dari lima kepada lapan orang namun masih terdapat pelajar yang gagal seorang dan seorang mendapat D.

Nik Fatin Insyirah dan Nurul Ain masih mengekalkan kecemerlangan dengan berkongsi markah tertinggi iaitu 91 markah. Diikuti dengan Ainza Suzila ( 88), Nor Khuza Ashikin (85), Nor Anis Fazira ( 83) dan tiga orang pelajar menunjukkan peningkatan juga mendapat A iaitu Rabiatul Adawiyah (81),Nor  Azira (80) dan Fatihah Adyani ( 80). Tahniah dan teruskan kecemerlangan anda.


Terdapat seramai lima orang pelajar yang mendapat B, tujuh orang C, seorang mendapat D dan gagal seorang. Anda masih belum terlambat untuk mengejar A dalam PMR yang sebenar. Hentikan semua perkara yang mengganggu pelajaran anda. Hentikan perkara yang sia-sia dan mengundang kemurkaan Allah SWT. Fokus kepada PMR.  Insya Allah anda akan Berjaya, percayalah.

Antara kelemahan utama pelajar yang perlu diambil perhatian ialah :

1- Tidak menguasai makna-makna perkataan menyebabkan mereka banyak hilang markah bahagian A dan bahagian C ( menterjemah). Lebih mengecewakan perkataan mudah yang acapkali digunakan pun tidak diketahui maknanya.INILAH KELEMAHAN UTAMA.

2- Tidak berusaha untuk mengagak atau meneka jawapan dengan tinggal kosong soalan-soalan terjemahan walaupun perkataan yang boleh diramal.

3- Tidak berhati-hati dalam penulisan menyebabkan berlaku kesalahan ejaan walaupun menyalin semula perkataan dalam soalan. Alangkah ruginya markah dipotong untuk kelalaian sebegini.

4- Tidak menguasai teknik menjawab soalan iklan menyebabkan banyak kehilangan markah.

5- Tidak menjawab soalan hiwar. Ucapan-ucapan mudah yang sepatutnya mampu jawab ditinggalkan kosong begitu sahaja.

Para pelajar diingatkan agar memastikan kelemahan-kelemahan di atas diatasi sebaik mungkin agar tidak berulang dalam peperiksaan akan datang terutama kemiskinan tharwah( perbendaharaan kata) yang menyebabkan banyak kehilangan markah. Pastikan perkataan-perkataan asas yang biasa digunakan diingati dan dikuasai dengan baik. jangan abaikan masa cuti anda dengan perkara tidak bermanfaat untuk pelajaran anda.

1 comments:

e-perkhidmatan berkata...

Artikel yang sangat bermanafaat....

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share