14 Jun, 2010

Kisah Nabi Membakar Sarang Semut



Membakar semut atau haiwan seumpamanya yang tidak berbahaya dilarang oleh Islam kerana makhluk Allah sentiasa beribadat dengan  bertasbih kepada Allah SWT.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda  :

Seorang nabi singgah berteduh di bawah sepohon pokok, lalu dia digigit oleh seekor semut. Maka dia memerintahkan agar agar sarang semut di situ dibakar. Allah mewahyukan kepadanya : Hanya seekor semut yang menggigit kamu lalu kamu membinasakan satu umat yang bertasbih.

MORAL :
1- Tidak boleh membunuh binatang yang tidak merbahaya seperti semut.

2- Semua makhluk bertasbih memuji Allah.

3- Tidak dibenarkan membakar binatang hidup-hidup.

4- Kita hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share