13 Jun, 2010

Dihukum 90 sebatan kerana cium di tempat terbuka



Tersilap tempat untuk melakukan kemungkaran.  Itulah akibat tidak menjaga kelakuan  bila berada di tempat orang. Perkara yang boleh dilakukan di tempat kita belum tentu perkara yang sama  boleh dilakukan di tempat orang...Abu Aqil

-----------------

RIYADHl: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman 90 sebatan dan empat bulan penjara terhadap seorang lelaki yang ditangkap kerana mencium seorang wanita di sebuah pusat beli-belah.

Akhbar milik kerajaan, Al-Yom melaporkan, polis pencegah maksiat menangkap lelaki itu dan dua wanita selepas melihat perbuatan tidak bermoral mereka menerusi televisyen litar tertutup. Menurut laporan, lelaki berusia 20-an itu dilihat memeluk dan bercium dengan seorang wanita. Bagaimanapun, sehingga ini, tidak jelas apa yang dilakukan oleh seorang lagi wanita yang turut diberkas dalam kejadian itu.

Kedua-dua wanita terbabit masih belum dibicarakan. - Agensi.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share