24 September, 2011

Malas : Bila Mahu Berubah?



AbuAqil aka AbuSakeena

Adakah anda seorang calon SPM, PMR,mahasiswa di Pusat pengajian tinggi atau anda seorang yang telah bekerjaya? Adakah anda tidak pernah bersikap malas?. Itulah kelemahan kita disebabkan kelemahan iman dan dipengaruhi oleh godaan syaitan daripada menyelesaikan sesuatu amanah dan tanggungjawab dengan menepati masa dan sempurna.

Malas merupakan sikap negatif yang sentiasa ada pada diri kita. Sikap buruk ini adalah musuh utama yang akan memusnahkan harapan seorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik atau akan menjadikan seseorang yang telah bekerjaya akan terjejas prestasi kerjayanya.
Sekarang telah masuk musim peperiksaan. kurang 2 minggu lagi PMR, diikuti dengan SPM pada pertengahan November. Sekiranya anda calon SPM dan PMR pada tahun ini,diharap berubah serta merta dengan menyingkirkan sikap malas dari diri anda. Kalau tidak anda akan menyesal selama-lamanya.

Sekiranya anda pelajar tingkatan 1,2 dan 4. maka bersiaplah sedialah untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun yang tidak kurang pentingnya untuk mengetahui kemampuan dan keupayaan anda setelah setahun belajar.

Sekiranya anda masih malas untuk prep, mengulangkaji, masih leka dengan perkara yang tidak berfaedah maka ketahuilah bahawa anda sedang membinasakan masa depan ada, sedang menipu ibubapa anda dan menipu guru-guru anda.

Cukuplah setakat ini anda membuang masa dengan lepak, menonton rancangan tv yang melalaikan, lalai dan leka dengan laman sosial di internet atau mendengar muzik yang entah apa-apa. Cukuplah setakat ini anda mengecewakan guru-guru anda. Cukuplah setakat ini anda membuatkan ibu bapa anda berasa risau dengan sikap anda.

Berubahlah dengan segera!. Tangguhlah nafsu anda untuk berhibur dan bersenang-lenang buat waktu ini. Bila selesai perjuangan anda nanti, penuhilah kehendak itu semahu-mahunya. Kalau anda tidak berusaha sekarang, selepas peperiksaan nanti anda akan menyesal tidak sudah.

Sebenarnya nafsu untuk berhibur sememangnya begitu kuat pada waktu sebelum peperiksaan. Bila telah selesai peperiksaan nafsu untuk melakukan ini dan itu hilang serta-merta. Kenapa?. Kerana syaitan telah memainkan peranannya dengan mempengaruhi nafsu anda. Tidak percaya?. Anda akan rasai sendiri satu masa nanti.

Telah menjadi lumrah manusia tidak pernah menghargai sesuatu perkara yang dimiliki sehinggalah ia hilang dari sisi mereka. Masa dan peluang yang masih ada ini,manfaatkanlah dengan sebaik mungkin.

Anda tiada pilihan. Sekiranya anda ingin mencapai kecemerlangan maka berubahlah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang yang pemalas akan mencapai kejayaan yang tidak diduga. Begitulah sunnatullah dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah.

Sekiranya anda sentiasa dirundung sikap malas, baca dan amalkan doa ini dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Klik link di bawah.

http://pbasmkps.blogspot.com/2009/12/doa-pelajar-memohon-kekuatan.html

Artikel-artikel ini akan membantu anda untuk mengatasi sikap malas dalam diri anda.

http://pbasmkps.blogspot.com/2010/03/ubat-kepada-malas-menurut-islam.html

http://pbasmkps.blogspot.com/2010/04/tips-menghilangkan-malas.html

Semoga bermula dari saat ini, anda semua berubah menjadi pelajar yang rajin, aktif dan komited untuk mencapai kejayaan yang akan membanggakan ibu bapa dan guru anda. Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share