15 Januari, 2010

Tutorial Qawaid : al-Nakirah ( النَكِرَة ) dan Ma’rifah (المَعْرِفَة )






BISMILLAH…
 Tutorial bahagian qawaid ( tatabahasa) kali ini adalah tajuk qawaid yang pertama bagi tingkatan dua iaitu tajuk al-ma’rifah dan al-nakirah.
AL-NAKIRAH ( النَكِرَة )
Iaitu menunjukkan kata nama yang tidak dikenali (umum)

Contoh :
Contoh :  كِتَابٌ  ( buku )      طَالِبٌ  ( Pelajar  )
Al-nakirah dikenali  bila perkataan itu tiada alif lam( ال )  pada awal kalimah atau terdapat baris tanwin ( baris dua) di akhir kalimah.
AL-MA’RIFAH ( المَعْرِفَةَ   )
Iaitu menunjukkan kata nama ( الاِسْم ) yang tertentu ( yang dikenali)
CIRI-CIRI / TANDA AL-MA’RIFAH
1- Terdapat alif lam ( ال ) pada awal perkataan.
Contoh :  الكِتَابُ  ( buku itu )        الطَالِبُ  ( Pelajar itu )

2- Kata Nama Khas ( اسْمُ العَلَم )
Contoh :  أَحْمَدُ ( Ahmad ) مَالِيزِيَا ( Malaysia)
3.Disandarkan kepada makrifah  المُضَافُ إِلَى المَعْرِفَة )  )
 بَيْتُ المُعَلِّمِ ( bilik guru )     سَيَّارَةُ فَاطِمَة   ( kereta Fatimah )
Walaupun bait ( rumah ) adalah nakirah tetapi selepasnya terdapat perkataan ma’rifah al-muallim(guru), maka ia adalah ma’rifah.
4. kata ganti nama ( الضَمِير )
أَنَا           هُوِ        هُمْ          نَحْنُ
Kami                   mereka                  Dia                          saya

5. kata nama petunjuk ( اسم الإِشَارَة )
هَذَا                 تِلْك             
Itu                                               ini
6. ism mausul ( اسْمُ الَموْصُول )
الَّذِي         الَتِي
Yang (P)                yang (L)

PERHATIAN :
Kelima-lima ciri di atas merupakan al-ma’rifah walaupun tiada alif lam di depan perkataan.

WALLAHU TA’ALA A’LAM




0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share