07 Januari, 2010

Tutorial : Kata Hikmah ‘Siapa Yang mencari Kemuliaan’






BISMILLAH…
Tutorial kali ini ialah kata hikmah yang pertama tajuk yang pertama daripada buku teks Bahasa Arab tingkatan tiga ( muka surat 17 ). Ungkapan kata-kata hikmahnya ialah :
مَنْ طَلَبَ العُلَا سَهِرَ اللَيَالِي
Maksud : Sesiapa yang mencari kemuliaan, hendaklah dia berjaga malam.


1. Makna kata-kata hikmah (مَعْنَى الحِكْمَةِ   )
مَنْ يُرِيدُ نَيْلَ الشَّرَفِ وَالنَّجَاحِ فَعَلَيْهِ أَنْ يَنْفَعَ أَوْقَاتِهِ فِي اللَيَالِي
Sesiapa yang ingin mencapai kemuliaan dan kejayaan hendaklah dia memanfaatkan semua waktunya pada waktu malam.
2. Pelajaran dan Pengajaran ( دُرُوسٌ وَعِبَرٌ )
عَلَى الطَّالِبِ أَنْ يَلْتَزِمَ بِالأَوْقَاتِ -
Pelajar hendaklah komited dengan masa.
عَدَمُ الإِهْمَالِ فِي أَدَاءِ الوَاجِبَاتِ -
Tidak leka dalam menunaikan kewajipan-kewajipan.
  
Para pelajar hendaklah mengingati kata-kata hikmah dengan lancar dan baris yang betul di samping dapat memberikan makna  kata hikmah serta pengajarannya. Semoga tutorial kali ini difahami oleh pelajar sekalian.
WALLAHU TA’ALA A’LAM



6 comments:

AbuAqil berkata...

sebarang kemusykilan sila kemukakan...

zikri berkata...

boleh x??
buat soalan online untuk format bahasa arab terbaru???
ataupun latihan online???

AbuAqil berkata...

soalan online?

ahsanta zikri. cadangan yg baik.

cuma ustaz kesempitan masa bila sesi bermula ni. takut tak berkesempatan. nak update blog ni pun tak berapa sempat.

sebenarnya soalan dlm buku teks tu mmg dah banyak utk peneguhan.

tniey berkata...

camner nk wat karangan arab??ustaz bleh bg tips x??

AbuAqil berkata...

salam tniey...

karangan dlm bahasa arab tu untuk PMR atau spm?

tips sama aje...

kena tahu byk vocab fi'il dan isim. methodnya sama juga dgn cara nak karang dlm b. inggeris. kalau tak tahu makna perkataan, nak karang macam mana kan?

kena kuasai tasrif ( perubahan) pada kata kerja fi'il. rujuk tutorial tasrif

itu secara umumnya...

yakinlah...nak mengarang dlm b. arab sebenarnya amat mudah.

tniey berkata...

untuk PMR..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share