30 Disember, 2009

Hadis : Tiga Jenis Penuntut Ilmu




Kita dituntut menuntut ilmu untuk mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat

BISMILLAH...

artikel kali ini ialah satu hadis Rasulullah saw tentang tiga jenis penuntut ilmu. Pastikan semua pelajar memerhatikan isi kandungan hadis ini kerana ia amat berkait dengan realiti yang berlaku di kalangan pelajar pada masa kini. Maksud hadisnya ialah :




Abi Waqid al-Laysiy meriwayatkan bahawa satu ketika Rasulullah saw duduk dalam masjid bersama orang ramai. Tiba-tiba datang tiga orang, dua orang tampil kepada Rasulullah saw sementara seorang lagi berlalu pergi.

Mereka berdua berdiri berhampiran Nabi saw, salah seorang daripadanya melihat terdapat ruang kosong lalu duduk di situ. Dan adapun yang seorang lagi duduk di belakang sementara yang ketiga berlalu pergi.

Setelah selesai majlis, Rasulullah saw bersabda : Tidak mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai tiga jenis manusia?. Adapun yang pertama dia berlindung kepada Allah maka Allah memberi perlindungan kepadanya. Yang kedua dia malu, maka Allah juga malu kepadanya dan yang ketiga dia berpaling maka Allah berpaling daripadanya. ( Riwayat Imam al-Bukhari: no 66 )

Keterangan :

Berdasarkan hadis Nabi saw terdapat terdapat tiga jenis manusia dalam menuntut ilmu:

Pertama : Penuntut ilmu yang terbaik.

Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Belajar dengan beradab, sentiasa berusaha untuk berada di depan dan memberi perhatian sepenuhnya kepada syarahan guru. Golongan ini mendapat ganjaran pahala, rahmat, reda dan keampunan Allah SWT. Mereka ini mendapat kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kedua : Penuntut ilmu yang sederhana.

Golongan ini menuntut ilmu dengan kesungguhannya tidak seperti golongan pertama disebabkan rasa malu dan sebagainya.mereka berada di belakang dan kurang memberi tumpuan semasa belajar. Mereka ini tetap mendapat kebaikan, keampunan dan pahala tetapi kurang berbanding golongan yang pertama.

Ketiga : golongan yang berpaling daripada menuntut ilmu

Golongan yang ketiga ini langsung tidak berkehendak kepada kebaikan dan ganjaran Allah. Mereka sentiasa ponteng dan tidak menghadiri majlis ilmu. Mereka mendapat kemurkaan Allah SWT akibat tindakan sedemikian. Golongan inilah golongan yang paling rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia hidup dalam kemiskinan dan kehinaan sementara di akhirat mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT.

Oleh yang demikian rebutlah peluang menjadi penuntut ilmu yang terbaik. Rebut peluang berada di barisan paling hadapan di dalam kelas agar menepati hadis Nabi ini dan mendapat ganjaran pahala, reda, rahmat dan keampunan Allah SWT. Jangan sesekali menempatkan diri anda dalam golongan yang ketiga kerana sikap buruk tersebut menyebabkan mereka dimurkai oleh Allah SWT.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

2 comments:

Dayana berkata...

Setelah membaca sehingga habis,
barulah ana tau yang ana tergolong dalam golongan ke-2...
Ana nak menuntut ilmu tapi malu dan takut...

Abu Aqil berkata...

golongan yg kedua dah ok

jangan yg ke-3 sudah...

kalau boleh jadi yg pertama...cuba usahakan

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share