طَالِبٌ | مُحَمَّدٌ |
Khabar | Mubtada’ |
26 Mac, 2011
Tutorial BAT : Jenis-jenis Khabar ( أنواع الخبر )
AbuAqil Adnan
Khabar hanya terdapat pada ayat jumlah ismiyyah, iaitu ayat yang bermula dengan kata nama. Kata nama yang berada pada awal ayat dipanggil mubtada’ ( مبتدأ ).
Khabar bermaksud cerita atau pelengkap ayat. Ia menjadi pelengkap cerita bagi mubtada’. Contoh :
Muhammad adalah mubtada’ kerana ia berada pada awal ayat
Tolibun adalah khabar kerana ia menceritakan perihal muhammad atau menjadi pelengkap ayat.
19 Mac, 2011
Keutamaan Surah Al-Mulk
Surah al-Mulk merupakan surah pertama dari juzuk kedua puluh sembilan. Surah ini mempunyai kelebihan tertentu sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi saw. Surah ini sepatutnya berada dalam dada setiap mukmin. antara kelebihan surah ini ialah :
Pertama: Memang banyak fadhilat dan keutamaan dari surah al-Mulk, diantara hadis yang sahih adalah:
ـ(1) عن أبي هريرة، عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: سورة من القرأن، ثلاثون اية؛ تَشْفَعُ لصاحبها حتى يُغْفَرَ له: تبارك الذي بيده الملك. (رواه أبو داود واللفظ له, والترمذي وغيرهما، وصححه ابن حبان والحاكم والذهبي، وحسنه الترمذي والألباني)ـ
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:
“Ada surah dari Alqur’an yang terdiri dari 30 ayat, Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi ‘temannya’ (yakni orang yang banyak membacanya) sehingga orang tersebut diampuni dosanya, yaitu: Surah Tabarokalladi bi yadihil mulk“. (HR. Abu Dawud dg redaksinya, diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya. Hadits ini di-sahih-kan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, dan adz-Dzahabi, sedangkan at-Tirmidzy dan Albani menghasankannya)
18 Mac, 2011
Doa Apabila Dipuji
AbuAqil Adnan
Doa kali ini ialah dibaca bila kita mendapat pujian daripada seseorang. Tiada siapa yang tidak suka dipuji. Pujian sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ujub ( bangga diri) dan sombong. Hanya Allah sahaja yang layak dipuji secara mutlak. Rasulullah SAW juga tidak suka bila melihat orang lain memuji-muji. Sabdanya :
"Bila kamu melihat orang-orang yang sedang memuji-muji dan menyanjung-nyanjung maka taburkanlah pasir ke wajah-wajah mereka." ( Imam Ahmad)
Oleh yang demikian rasulullah saw mengajar kita agar membaca doa ini agar kita terselamat daripada sifat-sifat keji yang boleh membinasakan diri kita. Doanya ialah :
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ
Maksud : Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. [Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan.( Imam al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad,disahihkan oleh al-Albaniy)
Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.
Khat bawa Karima kepada Islam
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
SAYA duduk di dalam Masjid Al Hambra, Sepanyol sambil menatap tulisan yang terukir indah di dinding-dindingnya. Iaitu tulisan yang paling indah, dengan keindahan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata.
"Walaupun saya tidak memahami walau sepatah pun tapi hati saya benar-benar sudah terpaut pada keindahan dan keunikan tulisan tersebut.
"Lalu saya bertanya asal usul bahasa dan tulisan tersebut dari mereka yang berada di masjid tersebut, lalu mereka menjawab bahawa tulisan itu adalah perkataan-perkataan dari Bahasa Arab," cerita Karima Burn ketika pertama kali beliau mengenal tulisan dan bahasa Arab.
17 Mac, 2011
Kisah Bakti Golongan Salaf Kepada Ibu
Berikut beberapa kisah yang menggambarkan ketinggian akhlak yang ditunjukkan oleh para salaf terhadap ibu mereka. cuba bandingkan dengan diri kita. Adakah bakti kita kepada ibu sama dengan apa yang mereka lakukan? Subhanallah…
Suatu hari, Ibnu Umar melihat seorang yang menggendong ibunya sambil tawaf mengelilingi Ka’bah. Orang tersebut lalu berkata kepada Ibnu Umar, “Wahai Ibnu Umar, menurut pendapatmu apakah aku sudah membalas kebaikan ibuku?” Ibnu Umar menjawab, “Belum, meskipun sekadar satu erangan ibumu ketika melahirkanmu. Akan tetapi engkau sudah berbuat baik. Allah akan memberikan balasan yang banyak kepadamu terhadap sedikit amal yang engkau lakukan.” (Diambil dari kitab al-Kabair, karya adz-Dzahabi)
Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib adalah seorang yang terkenal sangat berbakti kepada ibunya, sampai-sampai ada orang yang berkata kepadanya, “Engkau adalah orang yang paling berbakti kepada ibumu, akan tetapi kami tidak pernah melihatmu makan bersama ibumu.” Beliau menjawab, “Aku takut kalau-kalau tanganku mengambil makanan yang sudah dilirik oleh ibuku. Sehingga aku berarti mendurhakainya.” (Diambil dari kitab Uyunul Akhyar, karya Ibnu Qutaibah)
Cara Mengelakkan Bercinta Semasa Belajar
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.
Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.
Labels:
Ancaman,
kehidupan dunia,
Tips belajar
16 Mac, 2011
Karangan BAT : Puasa
Posting kali ini ialah karangan untuk Bahasa Arab Tinggi SPM memandangkan terdapat permintaan daripada anak didik. Karangan ini diambil dari laman arab2u.blogspot. jazakallahu khairan ustaz Amir dia atas perkongsian. Semoga bermanfaat untuk semua pelajar.
الصوم ركن من أركان الإسلام . تحدث عن آثاره في حياة المسلم
الصَّوْمُ رُكْنٌ مِنْ أرْكاَنِ الإسلامِ . الصَّوْمُ مِنْ كلمة صامَ يصُومُ صُمْ صَوْماً صِياماً . الصوم فِي اللغة هوالإمْسَاكُ عَنْ الشَّىْء و أما في الشَّرْعإمْسَاكٌ عَنْ شَهْوتَي الفَرْج والبَطْن مِنْ الفَجْرِ الى غُرُوبِ الشَّمْسِ مَع النّيَّة
و دَليلٌ عَلى وُجُوبِ الصّوم قَدْ ثبَتَ في الكِتَاب والسُّنةِ و إجمَاع الأمة .و قَوْلُه تعالى في السورة البقرة :183
Meraih Selawat 70,000 Malaikat
Tidak inginkah anda memperoleh selawat 70,000 para malaikat? Makna selawat dari malaikat ialah malaikat akan mendoakan agar Allah mengampuni dan merahmatinya. Amalan apakah yang mendapat kelebihan yang besar ini? Jawapannya ada dalam sabda Nabi saw :
“Tidaklah seorang muslim menjenguk muslim yang lainnya pada pagi hari, kecuali 70,000 malaikat akan berselawat untuknya hingga petang hari. Jika dia menjenguknya di petang hari, maka 70,000 malaikat akan berselawat untuknya hingga pagi. Dan dia akan mendapatkan kebun yang penuh berisi buah-buahan di syurga kelak.” (HR. At-Tirmizi,dinyatakan shahih oleh Al-Albani)
Hadis-hadis lain yang menjelaskan kelebihan menziarahi saudara semuslim terutama yang sakit ialah :
Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Labels:
adab sesama islam,
Amal Soleh,
malaikat dan syaitan
Keputusan SPM 2010 Diumumkan Pada 23 Mac ini
Keputusan SPM 2010 akan diumumkan pada 23 Mac ini sebagaimana yang dilaporkan oleh
Nes Strait Times.
------------
KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23.Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.
Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.
There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released
sumber
Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.
There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released
sumber
14 Mac, 2011
Ceramah Teknik Menjawab Mengubah Persepsi
Abu Aqil Adnan
Alhamdulillah, pada pagi sabtu lepas ( 12 Mac 2011) seminar teknik menjawab Bahasa Arab Tinggi yang dianjurkan telah berjalan dengan baik dan lancar. Sesungguhnya program ini amat penting bagi ustaz dan semua pelajar memandang BAT bidang baru bagi ustaz dan ia dapat mengubah persepsi pelajar yang sebelum ini merasakan BAT adalah susah. Ternyata bila mengikuti teknik program tersebut para pelajar memberi respon positif dan merasakan BAT tidak sukar untuk mendapat target A dalam SPM nanti..insya Allah.
Ceramah yang berlangsung selama dua jam yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Khatijah binti Ismail dari SMKA Tok Bachok dengan penuh semangat dan mantap sangat bermanfaat kepada kami. Kesemua 29 orang pelajar gabungan pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Sina ( termasuk seorang tamu istimewa Nik Fatin Insyirah) yang mengikuti ceramah ini pasti akan dapat gambaran yang jelas tentang BAT. Ia tidaklah sesukar yang dibayangkan sebelum ini.
Pelajar yang hadir dengan penuh semangat tentunya tidak faham dengan baik contoh-contoh yang dibincangkan dalam ceramah kerana mereka belum mempelajarinya termasuk tajuk-tajuk tingkatan empat. Mungkin para pelajar semua berasa takut dan bimbang.
11 Mac, 2011
Tutorial BAT : Teknik keluarkan isi penting
AbuAqil Adnan
Ini merupakan posting pertama ustaz berkaitan Bahasa Arab Tinggi. Memandangkan kini ustaz akan mengajar B.A Tinggi maka tumpuan ustaz selepas ini ialah tutorial mengenai BAT. Namun sekiranya pelajar memerlukan tutorial B.A PMR sila maklumkan tajuk yang dikehendaki, insya Allah ustaz akan menyediakannya.
Teknik kali ini ialah BAT kertas 2 iaitu arahan soalan keluarkan isi penting. Soalan ini berada dalam soalan kedua,bahagian ba’.
Sukanya Allah Bila HambaNya bertaubat
Kisah kali ini ialah mengenai betapa sukanya Allah bila seseorang hambaNya kembali kepadaNya selepas melakukan dosa-dosa. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menjelaskan perkara ini.
Nu'man bin Basyir berkhutbah, "Sungguh, Allah lebih berbahagia dengan taubat hambaNya lebih dari seorang lelaki yang membawa makanan dan minumannya di atas punggung unta, kemudian dia berjalan. Sesampainya di daerah yang sepi, datanglah waktu untuk qoilulah (tidur siang). Dia turun dan berqoilulah di bawah pohon. Dia tertidur dan untanya pergi meninggalkannya. Dia terbangun lalu berjalan beberapa jarak, tetapi dia tidak menemukan apa pun. Kemudian dia berjalan beberapa jarak untuk kedua kalinya, tetapi dia tetap tidak menemukan apa pun. Lalu dia berjalan beberapa jarak untuk ketiga kalinya, tetapi dia masih tidak menemukan apa pun. Dia kembali mendatangi tempat di mana dia beristirahat siang. Manakala dia sedang duduk, tiba-tiba untanya datang berjalan hingga ia menjatuhkan tali kekangnya di depannya. Sungguh Allah lebih berbahagia dengan taubat seorang hamba daripada orang ini manakala dia menemukan untanya."
05 Mac, 2011
Tutorial PMR : katanama ( Ism) disandarkan kepada gantinama (Dhamir)
AbuAqil Adnan
Antara salah satu bentuk soalan bahagian Qawaid ( soalan ب) ialah seperti:
أنا أرجع ألي بَيْتِي
Tutorial kali ini ialah bagaimana kita ingin mengubah katanama kepada gantinama seperti ditambah huruf ya (ي ) pada بيت seperti dalam contoh di atas.
Untuk menjawab soalan ini pelajar hendaklah melihat kepada gantinama asal sebelumnya seperti dalam contoh ( أنا).
Sila rujuk jadual di bawah untuk perubahan gantinama yang bersambung dengan katanama (sila klik pada gambar untuk imej lengkap,kemudian 'save' :
semoga bermanfaat kepada semua pelajar. sekiranya nada tidak memahaminya, sila tanya di kotak komen di bawah. jangan segan, jangan malu...wallahu a'lam
04 Mac, 2011
Mustafa Wong ‘wakafkan’ diri untuk agama Islam
BERDAKWAH, ramai melihat bidang atau pekerjaan ini dilakukan dengan penyampaian ceramah secara formal atau informal sama ada di institusi agama atau premis seperti rumah, pejabat dan sebagainya.
Di samping, kebiasaannya kerja-kerja ini dilakukan oleh mereka yang bergelar ustaz dan ustazah.
Hakikatnya, anak kelahiran Bachok, Kelantan, Muhammad Mustafa Wong Abdullah, 45, melihat hal ini dari sudut yang berbeza dan lebih global sekali gus berusaha membawa istilah ikram ke dalam
kehidupan agar menjadi budaya umat Islam di negara ini.
“Ikram yang bermaksud menghormati dan memuliakan orang lain adalah istilah bahasa Arab. Istilah ini tidak ada dalam kamus orang bukan Islam.
3A1 2011 : Kalian Sentiasa di Hati
AbuAqil Adnan
Pagi tadi pelajar tingkatan 3A1 2011 SMK Putri Saadong telah mengadakan jamuan sempena perpisahan sempena pertukaran ustaz kesayangannya ( ceh perasan..hehe ) ke SMK Dato' Perdana.
Ustaz tidak mengharapkan majlis seperti itu kerana ustaz masih akan mengajar anda sebagai guru tuisyen selepas ini sekali seminggu. Namun pelajar tetap berkeras untuk mengadakannya,maka pagi tadi majlis jamuan tersebut berjalan dengan lancar dan meriah.
Kehadiran bersama anak keempat, Muhammad Aqil Hazim disambut meriah oleh pelajar setelah hampir seminggu tidak bersua.
02 Mac, 2011
Tebarkan Salam Asbab ke Syurga
AbuAqil Adnan
Syariat Islam yang sempurna mengajarkan kaum muslimin untuk selalu meningkatkan kecintaan terhadap saudara semuslim, mengeratkan persaudaraan dan kasih sayang. Untuk mewujudkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang ini, maka syariat Islam memerintahkan penganutnya untuk menyebarkan salam.
Memberi salam merupakan syiar Islam yang sangat besar dan penting. Namun begitu budaya memberi salam semakin pupus pada masa kini petanda akhir zaman sebagaimana sabda Nabi saw :
“Sesungguhnya termasuk tanda-tanda hari kiamat apabila salam hanya ditujukan kepada orang yang telah dikenal.” (Sahih Riwayat Ahmad dan al-Tabarani).