26 Mac, 2011

Tutorial BAT : Jenis-jenis Khabar ( أنواع الخبر )




AbuAqil Adnan

Khabar hanya terdapat pada ayat jumlah ismiyyah, iaitu ayat yang bermula dengan kata nama. Kata nama yang berada pada awal ayat dipanggil mubtada’ ( مبتدأ ).

Khabar bermaksud cerita atau pelengkap ayat. Ia menjadi pelengkap cerita bagi mubtada’. Contoh :

طَالِبٌ
مُحَمَّدٌ
Khabar
Mubtada’

Muhammad adalah mubtada’ kerana ia berada pada awal ayat
Tolibun adalah khabar kerana ia menceritakan perihal muhammad atau menjadi pelengkap ayat.

Syarat mubtada’ hendaklah mafrifat (  kata nama khas/ terdapat alif lam ) dan khabar hendaklah nakirah ( kata nama am/ tiada alif lam)

Khabar terbahagi kepada tiga :

1- Khabar mufrad ( مفرد )
Mufrad bermaksud hanya satu perkataan yang menjelaskan keadaan mubtada seperti contoh di  atas.

2- khabar jumlah (جملة فعلية   ). Khabar jumlah terbahagi kepada dua :

a- Khabar jumlah fi’liyyah
iaitu apabila khabar terdiri dari kata kerja ( فعل ). Contoh

المُعَلِّمُ يَحْضُرُ

Yahduru menjadi khabar jumlah fi’liyyah  kepada al-mu’allim kerana ia fi’il mudhari’

b- khabar jumlah ismiyyah ( جملة اسمية )
iaitu apabila terdapat jumlah yang terdiri daripada mubtada’ ke-2 dan khabarnya yang menjelaskan keadaan mubtada pertama. Contoh :

الطالب أبُوهُ غَنِيٌّ

غَنِيٌّ
أبُوهُ
الطالب
Khabar mubtada’ 2
Mubtada’ 2
Mubtada’ 1

Mubtada’ 2 dan khabarnya menjadi khabar kepada mubtada’ 1.
Jumlah ini dikenali bila terdapat gantinama ( هـ / ها   )  yang kembali kepada mubtada’ seperti  ha pada abuhu ( أبوه ) yang kembali kepada al-tilob.

3- khabar syibhu jumlah.
Iaitu mubtada’ yang selepasnya terdapat  harful jar  seperti  (  في ل على من  )
Contoh :

التلميذ في الفصل

Harful jar dan selepasnya adalah khabar kepada al-tilmiz.

Sebarang pertanyaan sila kemukakan…wallahu a’lam

15 comments:

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

sebarang pertanyaan, sila kemukakan.jangan malu utk ilmu

panatia berkata...

mohon utk mengcopy sbagai tambahn dlm catatan blog.. syukran

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

afwan..sila letakkan link blog ini bagi rujukan.smg beramanah menyebarkan ilmu

Unknown berkata...

terima kasih banyak2 ustaz. syukran jazilan

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

afwan ya badrun..manfaatkan sebaik mungkin

Tanpa Nama berkata...

syukran jazillan

Kamilia Mawardi berkata...

Boleh kongsikan janis mubtada' dan contoh ayat? Terima kasih

Kamilia Mawardi berkata...

Boleh kongsikan janis mubtada' dan contoh ayat? Terima kasih

oi berkata...

ustz ada whtsapp x

husna berkata...

khabar jenis shibhi jumlah x boleh letakkn fe'el kan?

Unknown berkata...

الإسلام دين الفطرة

Unknown berkata...

Nak Tanya kenapa khabar syibih jumlah kena amik sekali huruf jar nya?

uwais daniel berkata...

Syukran...sgt berkesan

Unknown berkata...

apa irab assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

Syukran jazilan. Sgt bermanfaat utk saya kongsi ilmu kpd pelajar SPM bg tajuk ini.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share