11 Mac, 2011

Tutorial BAT : Teknik keluarkan isi penting




AbuAqil Adnan

Ini merupakan posting pertama ustaz berkaitan Bahasa Arab Tinggi. Memandangkan kini ustaz akan mengajar B.A Tinggi maka tumpuan ustaz selepas ini ialah tutorial mengenai BAT. Namun sekiranya pelajar memerlukan tutorial B.A PMR sila maklumkan tajuk yang dikehendaki, insya Allah ustaz akan menyediakannya.

Teknik kali ini ialah BAT kertas 2 iaitu arahan soalan keluarkan isi penting. Soalan ini berada dalam soalan kedua,bahagian ba’.


- Kertas 2,soalan ba',  12 markah
- perlu keluarkan 4 isi utama, satu jawapan yang tepat layak mendapat 3 markah.
- perlu faham secara umum kandungan teks
- perlu ubah susunan ayat namun ayat mestilah ayat lengkap
- Tukar Jumlah fi'liyah kepada jumlah ismiyyah atau sebaliknya
- gunakan perkataan seerti yang lain bagi menggantikan dalam teks
- Salin ayat bulat-bulat akan mendapat 2 markah.
- Pastikan ayat yang diberi adalah ayat lengkap
- kesilapan biasa pelajar ialah cuba mengubah, menyalin sehingga menjadi ayat tergantung.
- Beri jawapan lebih

Berikut adalah contoh :

1( تشتهر ماليزيا بأنها دولة نامية وتتقدم في المجالات العديدة ) مثل الزراعة والصناعة والسياحة . 2( ومن هذه المجالات تمكنت ماليزيا إنتاج حاصلات كثيرة مما يعود بالنفع الكبير للدولة حكومة وشعبا .ففي مجال الزراعة مثلا توفرت 3( المنتجات الزراعية داخل البلاد مثل زيت النخيل والمطاط والأناناس. وفي الوقت نفسه4( يصدر بعض هذه الحاصلات إلي خارج البلاد ). ويعتبر 5(عائد زيت النخيل من أكبر عوائد الحاصلات الزراعية لماليزيا ) نظرا لرواجه في الأسواق العالمية  )6.فزيت النخيل صدّر إلى أكثر من مائة وعشر (110) دول في آسيا وأوربا وأمريكا وأفريقيا .)

استخرج من القطعة أربع أفكار رئيسة :

1- ماليزيا دولة نامية وتتقدم في المجالات المتنوعة / ماليزيا مشهورة كدولة نامية  وتتقدم في المجالات المتنوعة
2- ومن تلك المجالات استطاعة ماليزيا إخراج منتجات كثيرة لمنفعة الدولة حكومة وشعبا.
3- زيت النخيل والمطاط والأناناس من المنتجات الزراعية المتوفرة قبل البلاد / من الحاصلات الزراعية  زيت النخيل والمطاط والأناناس
4- تصدر هذه المنتجات إلي خارح البلاد
5- عائد زيت النخيل هو من أكبر عوائد الحاصلات الزراعية
6- وصدّر زيت النخيل إلى اكثر مائة وعشر دول في العالم

Disunting dan kredit kpd arab2u

3 comments:

Abu Aqil Adnan berkata...

asasnya ialah kena faham secara umum isi teks.baru dapat jawab dengan yakin...insya allah

Nakarians De'NUSA berkata...

Salamualaik,bagaimana untuk saya dapatkan buku tulisan ustaz.? cara bayaran?

syukran

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

salam,,sy tiada tulis apa-apa buku pun,skdr kongsi ilmu di blog ni

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share