Abu Aqil Adnan
Alhamdulillah, pada pagi sabtu lepas ( 12 Mac 2011) seminar teknik menjawab Bahasa Arab Tinggi yang dianjurkan telah berjalan dengan baik dan lancar. Sesungguhnya program ini amat penting bagi ustaz dan semua pelajar memandang BAT bidang baru bagi ustaz dan ia dapat mengubah persepsi pelajar yang sebelum ini merasakan BAT adalah susah. Ternyata bila mengikuti teknik program tersebut para pelajar memberi respon positif dan merasakan BAT tidak sukar untuk mendapat target A dalam SPM nanti..insya Allah.
Ceramah yang berlangsung selama dua jam yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Khatijah binti Ismail dari SMKA Tok Bachok dengan penuh semangat dan mantap sangat bermanfaat kepada kami. Kesemua 29 orang pelajar gabungan pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Sina ( termasuk seorang tamu istimewa Nik Fatin Insyirah) yang mengikuti ceramah ini pasti akan dapat gambaran yang jelas tentang BAT. Ia tidaklah sesukar yang dibayangkan sebelum ini.
Pelajar yang hadir dengan penuh semangat tentunya tidak faham dengan baik contoh-contoh yang dibincangkan dalam ceramah kerana mereka belum mempelajarinya termasuk tajuk-tajuk tingkatan empat. Mungkin para pelajar semua berasa takut dan bimbang.
Jangan bimbang.. ustaz akan membantu dan membimbing anda semua menguasai semua tajuk dengan baik dan memastikan anda akan dapat menjawab semua soalan. Cuma harapan ustaz agar semua pelajar mematuhi dan melaksanakan semua arahan ustaz dari semasa ke semasa.
Ustaz sahut cabaran berat ini untuk anda semua. Apa yang ustaz perlukan sudah diperolehi iaitu teknik menjawab. Selepas ini kita akan mula ‘memecut’ untuk menghabiskan semua tajuk. Seolah-olah mustahil untuk menghabiskan sukatan tingaktan 4 dan 5 dalam masa yang amat terhad. Semoga Allah mempermudahkan semuanya dan memberkati masa kita semua.
Ustaz nasihatkan semua anak didik agar :
- Menghafal dan menguasai tasrif fe’el madhi, mudhari’ dan amr
- Menghafal dan mengingati sebanyak mungkin mufradat sama ada makna perkataan dalam B. Melayu, seerti dan berlawanan dalam B.Arab.
- Memberi perhatian sebaik mungkin kepada penerangan ustaz untuk memahami tajuk nahu, sorf dan balaghah
- Menyiapkan semua kerja rumah dan tugasan yang diamanahkan sebaik mungkin
- Tunjukkan komitmen,semangat dan kesungguhan anda
- Amalkan sikap suka bertanya kawan sekiranya tidak faham atau terus bertanya ustaz bila keliru tentang sesuatu perkara
- Jangan kedekut ilmu untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lain
Anak-anak didik juga ingatkan agar mengamalkan perkara-perkara berikut :
1- Menjaga solat fardu. Soal pada awal waktu. Perbanyakkan solat-solat sunat.
2- Membaca al-Quran setiap hari. Gunalah al-Quran terjemahan untuk difahami makna setiap kalimah al-Quran. Ini akan membantu mufradat anda.
3- Menutup aurat dengan sempurna
4- Mentaati ibubapa, jangan sekali-kali menderhakai mereka
5- Memuliakan guru, jangan sekali-kali menyakiti hati mereka
6- Menghindari perbuatan yang sia-sia
7- Menjauhi budaya ‘couple’. Perkara ini merupakan penghalang utama kecemerlangan anda. Jaga batas pergaulan.
Semuanya terserah kepada anda. Kejayaan dan kegagalan semuanya bergantung kepada diri anda. Peluang masih terbuka dan belum terlambat. Pilihan di tangan anda.
Ustaz yakin dengan kebolehan dan kemampuan anda semua. Tunjukkan dan buktikan bahawa anda semua mampu untuk peroleh A kertas BAT SPM nanti.
Ustaz harap semua anak didik terutama pelajar 5 Ibnu Sina dapat membaca artikel ini :
semoga dapat membantu dan memotivasikan anda…Insya Allah
2 comments:
setinggi2 pernghargaan dan terima kasih kepada ustazah khatijah krn sudi berkongsi ilmu teknik jawab BAT.terima kasih jg utk sahabat baik ustaz m nasir diatas kerjasama yg diberikan...جزاا الله خيرا
Tahniah ustaz, satu usaha yang perlu dikembangkan.
Catat Ulasan