04 Mac, 2011

3A1 2011 : Kalian Sentiasa di Hati



AbuAqil Adnan

Pagi tadi pelajar tingkatan 3A1 2011 SMK Putri Saadong telah mengadakan jamuan sempena perpisahan sempena pertukaran ustaz kesayangannya ( ceh perasan..hehe ) ke SMK Dato' Perdana.

Ustaz tidak mengharapkan majlis seperti itu kerana ustaz masih akan mengajar anda sebagai guru tuisyen selepas ini sekali seminggu. Namun pelajar tetap berkeras untuk mengadakannya,maka pagi tadi majlis jamuan tersebut berjalan dengan lancar dan meriah.

Kehadiran bersama anak keempat, Muhammad Aqil Hazim disambut meriah oleh pelajar setelah hampir seminggu tidak bersua.

Kesempatan ini diambil dengan diadakan kelas selama satu jam untuk pemantapan ilmu qawa'id sebelum acara makan-makan dan santai-santai. Walaupun berminggu-minggu tidak belajar namun pelajar masih dapat menjawab latihan yang diberikan dengan baik. Cuma ada segelintir pelajar yang 'terbolas' (lalai) semasa menjawab soalan. Tolong berhati-hati selepas ini.

Ustaz yakin anda mampu  memperoleh A kertas B. Arab PMR nanti walaupun tanpa belajar dengan ustaz. Yakinlah…

Apa yang perlu anda lakukan ialah menguasai kosakata ( tharwah ) dengan sebanyak mungkin, mantapkan ilmu qawaid, mahirkan diri anda  membina ayat dalam B. Arab. Walaupun ustaz tidak lagi berkhidmat di SMKPS, ustaz telah berjanji akan tetap membantu anda semua. Tadi adalah kelas tambahan pertama. Janji mesti ditunaikan.

Walaupun hanya setahun anda belajar dengan ustaz iaitu ketika tingkatan dua, namun ustaz yakin dengan kemampuan anda kerana anda adalah pelajar yang mudah mendengar kata, tidak banyak kerenah dan rajin dan sentiasa mematuhi arahan ustaz sebelum ini.

Dengan semangat dan kesungguhan yang ada, ustaz yakin calon-calon PMR tahun ini akan dapat memecahkan 'angka 18'  A B. Arab yang di cipta oleh pelajar PMR 2010.

Semasa perjumpaan terakhir pada hari Ahad lepas sebelum ustaz secara rasmi berkhidmat di SMKDP ramai pelajar yang kelihatan sugul, sedih dan kecewa. Ustaz faham perasaan anda. Namun suasana pagi tadi berubah dengan suasana yang ceria, meriah dan menyeronokkan. Alhamdulillah, tiada lagi wajah-wajah yang kesedihan.

Ustaz sungguh terharu dengan kesanggupan pelajar untuk mengadakan majlis jamuan tadi. Ustaz tidak mengharapkan semua itu. Menu Nasi goreng, sup cendawan, koktail, ayam goreng, kuih lapis, ubi kentang ,teh o, ais oren sememangnya mengejutkan ustaz. Sungguh tidak sangka  pelajar sanggup menyediakan semua itu kerana tentu ia memakan kos yang besar juga. Semuanya hasil berkat kerjasama antara pelajar.

Terapkan semangat kerjasama yang mantap itu anda dalam pembelajaran anda. Insya Allah pengajian anda akan mendapat keberkatan. Pelajar yang pandai, bantulah pelajar yang lemah dan pelajar yang lemah, bertanyalah kawan yang lebih faham. Ketepikan sikap malu dan segan dalam belajar.

Ustaz mengucapkan berbanyak terima kasih untuk majlis tadi. Ustaz amat menghargainya. Terima kasih juga kepada pelajar yang telah memberi hadiah kepada ustaz.

Walaupun ustaz bukan lagi bersama anda di sana, namun kalian semua sentiasa di hati ustaz…
Ya Allah, bantulah dan bimbinglah anak-anak didikku ini mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

5 comments:

arieyja berkata...

ustaz juga sntiase d hati kami smua..hu3.
insyALLAH kmi akn uat yg trbaik dlm exam b.arab pmr taon nie wlapum dgn ktiadaan ustaz d cni...
-sdp x kek ustaz ? he3..

abuaqil berkata...

insya allah anda akan cemerlang nanti...kek tu memang sedap kejap je licin dimkn oleh anak2 ustaz...terima kasih, kek yg ke2 dari sep2 awk.lps ni payoh doh la nk make kek blueberry...:(

aliaa berkata...

ustaazz....ustz akn sntiasa di hati sy..hehe..come la pinggang mangkuk tu..famous la..

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

hahaha...
soh tu pingge budok nih kea??

aliaa berkata...

haha..bkn hok sy.pingge mama sy..hihi

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share