30 September, 2010

Terkini : SPM 2010 Akan Bermula 23 November


KUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya 
pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lepas.
Pindaan tarikh itu juga dimuat turun di laman sesawang LPM pada minggu pertama bulan Jun lepas, sementara jadual waktu peperiksaan SPM yang baru sudahpun dicetak dan dihantar ke semua Jabatan Pelajaran negeri untuk diedarkan ke semua sekolah menengah pada 23 Julai lepas, katanya.
Kementerian itu berkata pemindaan tarikh peperiksaan itu dibuat berikutan langkah kerajaan Johor mewartakan 22 November sebagai cuti umum negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Dengan itu peperiksaan SPM tahun ini akan bermula dari 23 November dan berakhir pada 20 Disember 2010, katanya. - BERNAMA

29 September, 2010

Larangan Meminta Agar dimatikan


AbuAqil Adnan

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan “kalau begini, mati lebih baiklah” yang keluar dari mulut seseorang yang ditimpa musibah sehingga dia berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Ungkapan seperti dilarang oleh agama kerana menzahirkan sikap berputus asa dengan rahmat Allah yang tiada sempadan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Main kutu haram di Malaysia


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

28 September, 2010

Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook

RYAN HOMSLEY mengaku di akaun Facebook miliknya bahawa dia merompak sebuah bank di Oregon, Amerika Syarikat.

Kebodohan seorang pemilik akaun facebook menyebabkan memakan diri...Abuaqil Adnan
-----------------------------
PORTLAND, Oregon - Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.
Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.
Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).
Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.
Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.
Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.
Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital. - Agensi

27 September, 2010

Iman Corinne Selektif Selepas Peluk Islam

Corinne bersama anak ksayangannya,Noah

Semoga Allah membimbing beliau agar terus istiqamah di jalan yang diredaiNya...Abuaqil Adnan

----------------------

SUATU ketika dahulu, pelakon filem Spinning Gasing ini terkenal dengan keseksiannya menerusi lakonannya. Itu dulu, waktu sebelum memeluk agama Islam.

Kini setelah dua tahun bergelar Muslim, Iman Corinne Adrienne, 32, semakin selektif dengan watak yang dilakonkan.
Biarpun ada yang mengetahui dirinya telah memeluk Islam, namun masih ramai lagi yang tidak putus-putus memberikan komen tentang keseksiannya di laman web Facebook dan menerusi emel sejak dia menetap di Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu.

Pentadbiran Al-Azhar kutuk dakwaan paderi

kenapa ketua paderi ini suka menyibuk tentang kitab suci agama lain?. sesungguhnya Allah telah menjamin ketulenan al-Quran sampai bila-bila...Abuaqil Adnan

------------------------

Tuduhan ketua Gereja Koptik boleh jejas perpaduan 

KAHERAH: Majlis tertinggi agama Islam Mesir, Al-Azhar mengkritik kenyataan ketua paderi Gereja Koptik Mesir, Bishop Bishoy yang mendakwa beberapa surah baru dimasukkan ke dalam kitab suci al-Quran selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Al-Azhar dalam satu kenyataannya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Bishoy yang juga ketua majlis teologi Gereja Koptik Mesir dan menyifatkan dakwaan beliau boleh menjejaskan perpaduan rakyat Mesir.

26 September, 2010

Cecacing siber paling bahaya

Salah sebuah kawasan perindustrian di Teheran, Iran yang diserang cecacing komputer Stuxnet.
TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.
Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.

Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.

sumber

25 September, 2010

Enam Cara Syaitan Menggoda Manusia

Syaitan merupakan musuh utama manusia dan dia telah mengistiharkan perang habis-habisan untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam sebagaimana firman Allah. Tiada sesiapa pun yang terlepas dari digoda oleh syaitan.

 “Iblis menjawab : “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” ( Surah al-A’raf : 16-17)
Di dalam ayat ini Allah Ta’ala menerangkan tentang Iblis yang bersumpah untuk menyesatkan Bani Adam dari jalan yang lurus sekuat tenaga dengan berbagai cara dan dari segala arah dengan berbagai taktik dan strategi.

Moore derma RM192,000 bina masjid

Begitu pemurah pengarah filem ini sehingga sanggup menderma untuk masjid. Semoga Allah membuka hatinya ke arah Islam agar dermanya tidak sia-sia...Abuaqil Adnan

----------------------------------------------

WASHINGTON: Pengarah filem Amerika Syarikat, Michael Moore (gambar) mengumpul AS$60,000 (RM192,000) untuk pembinaan Park51, sebuah pusat budaya termasuk masjid yang mencetuskan kontroversi kerana terletak dekat lokasi serangan 11 September 2001 di New York. 


Moore merayu penyokongnya pada ulang tahun ke-9 tragedi berkenaan untuk derma membina Park51 dengan berikrar untuk turut memberi sumbangan sama nilai jika ada yang menderma AS$10,000 (RM32,000).
Kurang 48 jam kemudian, sumbangan terkumpul daripada seluruh Amerika didapati lima kali ganda daripada nilai berkenaan.
“Ekonomi negara tidak begitu baik dan menyokong saudara Muslim kita bukanlah satu perkara popular sekarang. Saya rasa terharu dengan sumbangan anda dan semua orang di seluruh dunia tahu andalah yang mewakili Amerika, sesuatu yang jarang mereka saksikan,” kata Moore dalam blognya. 

Selain masjid, pusat budaya itu juga akan menempatkan kolam renang dan teater serta dianggarkan memerlukan kos pembinaan AS$100 juta (RM320 juta). – Agensi


sumber

Tanda-tanda Komputer Dijangkiti virus


Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

-PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.

24 September, 2010

6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain

GAMBAR klip video YouTube menunjukkan kumpulan lelaki yang membakar kitab al-Quran di bandar Gateshead, utara Britain.

LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.
Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.
Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.
Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.

Teknik menjawab Soalan Pemahaman (Format Baru)

berikut ialah beberapa teknik untuk menjawab soalan pemahaman mengikut soalan format baru iaitu dengan menggunakan B. Arab. 


Semoga bermanfaat kepada anda.


Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.



23 September, 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

Subhanallah! Kita orang mukmin tidak pernah meragui firman Allah dalam al-Quran. kajian ini membuktikan kesahihan isi kandungan al-Quran dan mukjizat RasulNya......AbuAqil Adnan

--------------------------

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Pemurnian Akidah : Hindari Ramalan-ramalan Tidak Berasas

Abu Aqil Adnan


Pada masa kini terlalu banyak tarikan untuk membuat ramalan masa depan seperti zodiac (ramalan bintang), ramalan potensi diri berdasarkan tarikh lahir, tulisan atau menilik tapak tangan  dan banyak lagi.

Perkara ini sangat mudah didapati sama ada iklan di akhbar, majalah, tv malah terdapat juga jemputan melalui sms. Bagi mereka yang tidak mengetahui kesan buruk perkara ini akan mencubanya malah lebih parah bila mempercayainya. Antara yang menarik perhatian di laman social facebook ialah ‘melihat ramalan pekerjaan anda berdasarkan tarikh lahir’ yang mendapat tempat di hati pemilik akaunnya yang beragama Islam.

22 September, 2010

Lynette Wehner: Mengajar di Sekolah Islam Membawanya kepada Islam

gambar hiasan.

begitulah sunnah Allah. Sesiapa yang mencari kebenaran, pasti dia akan menemuinya. Allah tidak mensia-siakan pencarian hambaNya..... Abuaqil Adnan


---------------


Lynette Wehner mengakui berada dalam dilema ketika ia pertama kali mendapatkan tugas mengajar di sebuah sekolah Islam. Wehner lahir dari keluarga Amerika yang menganut agama Kristian Katolik. Kedua mertuanya mengingatkan agar Wehner tidak terpengaruh dengan ajaran Islam bila berkhidmat di sekolah Islam itu."Yang penting, kamu tidak masuk Islam," begitu kata ayah mertuanya.

Selama dua hari Wehner merasa gelisah untuk mengambil keputusan apakah ia akan menerima tugas tersebut, apalagi pihak sekolah mewajibkannya mengenakan jilbab waktu mengajar. Jilbab adalah sesuatu yang sangat asing baginya. Tapi akhirnya ia menerima pekerjaan mengajar di sekolah Islam itu dengan pertimbangan bahawa pengalaman mengajarnya yang pertama ini akan menjadi batu loncatan baginya kelak.

Hari pertama mengajar, seorang staf di sekolah Islam itu membantunya mengenakan jilbab di ruang guru. "Kami tertawa sambil mencuba berbagai gaya berjilbab," ujar Wehner yang mengaku pagi itu merasa sangat rileks berada di lingkungan muslim. Selama ini,Wehner selalu berpandangan bahawa orang-orang Islam tidak ramah dan selalu serius. Hari pertamanya di sekolah Islam membuat 

20 September, 2010

Enjin carian baru tapis pornografi

WASHINGTON 19 Sept. - Beberapa pihak daripada kumpulan Islam, Kristian dan Yahudi telah mencipta enjin carian di Internet yang mampu membuat tapisan bagi mengelakkan komuniti terbabit menjumpai web yang menyiarkan minuman mengandungi alkohol dan juga pornografi.

Melalui enjin carian di alamat www.imhalal.com itu, jika pengguna menaip perkataan 'alkohol', ia akan menghubungkan kepada artikel yang memberi hujah mengapa Islam tidak membenarkan umatnya minum minuman keras itu.
"Kami berpendapat, enjin carian lain yang terdapat di Internet terlalu 'terbuka'.

18 September, 2010

Alam Barzakh : Destinasi Yang Pasti

Abu Aqil Adnan

Kita telah melalui alam ruh, alam rahim (kandungan) dan sedang berjuang di alam kehidupan di dunia. Ke mana kita selepas ini?. Ya, alam barzakh atau alam kubur destinasi yang wajib kita lalui selepas ini. Pasti akan kita tempuhi tanpa ada keraguan. Beriman dengan alam kubur termasuk sebahagian beriman dengan rukun iman iaitu beriman dengan hari akhirat. Itulah iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah.

Di alam kuburlah bermula kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan yang ditentukan berdasarkan amalan dan bekalan yang kita sediakan semasa hidup di dunia ini. Di sana kita akan berdepan fitnah (ujian) yang dahsyat. Berdepan dengan soalan dua malaikat yang ditugaskan. Tiada siapa yang mampu menolong kita melainkan rahmat Allah SWT yang diperolehi dengan ketaatan dan pengabdian diri kepadaNya.

M Rajoli meninggal dunia

Pelakon serba boleh dan sering melakonkan watak lebai,orang alim kembali ke rahmatullah selepas setahun terlantar sakit. Semoga Allah mengampunkannya dan merahmati arwah...Abuaqil Adnan

--------------------------

Jenazah dikebumikan di Datuk Keramat sebelum Zuhur

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli ( gambar ) 64, yang terlantar sakit lebih setahun lalu, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas.

Turut berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya ialah isteri, Hashimah Md Din dan anak bongsunya, Muhd Arif.

17 September, 2010

Jangan Sekali-kali Menzalimi Orang Lain


Abuaqil Adnan

Dalam menjalani kehidupan seharian sementara menunggu ajal menjemput janganlah sekali-kali kita menzalimi sesiapapun sama ada dengan menggunakan kuasa, harta, tangan mahupun lidah. Setiap kejahatan yang dilakukan kepada orang lain pasti akan dibalas dengan seadil-adil walaupun mangsa tersebut tidak sempat membalasnya semasa hidup di dunia.

 Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya. Sesungguhnya Maha Suci Allah dari sifat lupa atau terlepas pandang terhadap kezaliman yang dilakukan. Akan ada hari di mana si zalim akan tetap dibalas oleh Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Soalan Percubaan B. Arab PMR Negeri Sarawak



Berikut adalah link untuk muat turun soalan bahasa arab PMR iaitu soalan percubaan Sarawak untuk latih tubi anda.

sila KLIK SINI untuk muat turun.

kredit kepada syeikh idhar kk kerana sudi share soalan ini. JAZAKALLAH.

Semoga Bermanfaat untuk semua.

Kartunis hina nabi sembunyi

WASHINGTON: Seorang kartunis Amerika Syarikat yang karikaturnya mendorong pelancaran ‘Hari Semua Orang Melukis Muhammad’ di Facebook, kini bersembunyi.

Molly Norris dari Seattle, Washington sudah berpindah dan menukar namanya berikutan gesaan ulama Yaman kelahiran Amerika Syarikat, Anwar Awlaki supaya dia dibunuh, lapor akhbar yang menyiarkan karya kartunis itu.
“Anda mungkin menyedari kartun Molly Norris tidak ada dalam akhbar minggu ini,” kata akhbar mingguan, The Seattle Weekly.

“Artis itu masih hidup. Atas desakan pakar keselamatan di FBI, dia melakukan apa yang mereka gelar, ‘jadi hantu’ - berpindah, menukar nama dan melenyapkan identitinya.

16 September, 2010

Rileks Kejap : Boleh keluar!


Seorang Professor sedang memberikan kuliah kepada 300 orang muridnya di sebuah universiti.
Kata Professor " Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.
 Setelah Professor menghabiskan kuliahnya professor berkata "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya"..
"tidak mengapa tuan, saya kan driver tuan"..balas orang itu.

10 tips melayari facebook dengan selamat

Facebook merupakan laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Fenomena Facebook telah membawa kepada pelbagai kebaikan dan keburukan kepada penggunanya. Jika digunakan untuk membuat kerja yang berfaedah adalah amat-amat dialukan. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan di atas kemudahan teknologi terkini dengan membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.

Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara yang betul.

1. Fikir dulu mengenai siapa yang anda nak add ataupun approved kerana anda mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak dikenali.

2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk anda privatekan sesuatu yang anda tak mahu orang lain tahu mengenai anda.

15 September, 2010

Muhammad Adam Pergi Tidak Kembali

Saat arwah Muhammad Adam diturunkan di liang kubur 

Abuaqil Adnan

Ketika sedang mengemaskini blog pada pagi ini ( 15 Sept 2010) aku menerima satu panggilan dari adik perempuanku yang memaklumkan bahawa anak saudaraku telah meninggal dunia awal pagi tadi. Aku terpaku seketika dan bertanya berkali-kali adakah Muhammad Adam yang meninggal dunia untuk mengesahkannya. 

Tiba-tiba terbayang di kepalaku anak saudaraku itu yang lincah dan aktif, begitu gembira pada malam raya yang kedua lalu bermain bunga api bersama sepupu-sepupunya. Arwah merupakan anak yang ketiga daripada tiga adik beradik.

Kesalahan-kesalahan Pengguna Komputer


Bagi pengguna komputer yang baru biasanya mereka terdedah kepada ancaman virus, spyware, worm dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan USB samada pendrive ataupun external hard disk dan juga internet.
Kebiasaannya komputer kita terdedah kepada ancaman melalui internet samada melalui e-mel ataupun website. Apabila sesebuah komputer itu dijangkiti dan orang lain berkongsi fail dengan komputer yang dijangkiti itu maka virus akan lebih mudah merebak. Terdapat 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer iaitu:

1. Tak Update Antivirus

Roslan ross :Menemui Kebenaran di Bumi Malaysia

Anak tunggal Roslan Ross, daniel bersalam pada pagi raya 
Kesempatan Mingguan mStar bertemu dengan seorang warga Australia yang telah menetap di Malaysia hampir 20 tahun, baginya berhari raya di Malaysia bukan lagi perkara asing.

Malah, menurut Roslan Ross Abdullah, kedatangan Ramadan dan Syawal sememang dinanti-nantikan setiap tahun untuk disambut meriah bersama keluarga dan rakan-rakan di sini.


Islam sejak 19 tahun lalu

Menyingkap cerita dia mengenali dan memeluk Islam, Roslan Ross atau nama asalnya Ross John Clement memberitahu, dia memeluk Islam 19 tahun lalu setahun selepas datang ke Malaysia.

Katanya, sebelum datang ke Malaysia pada tahun 1990, dia bekerja di sebuah hotel di Bangkok, Thailand sebagai chef.

“Kedatangan saya ke Malaysia pada awalnya hanyalah untuk melancong di Pulau Pinang tetapi terus jatuh cinta terhadap keunikan, keindahan dan keramahan rakyat Malaysia,” katanya yang fasih berbahasa Melayu dengan loghat utara.

Perkara yang menghalang Masuk Syurga

 Abuaqil Adnan

Setiap insan pastinya bercita-cita untuk masuk syurga. Kerana itulah apa yang kita perjuangkan di dunia ini dengan mentaati Allah dan menghindari laranganNya, melawan hawa nafsu dan godaan syaitan yang cenderung menyuruh kepada dosa. Namun diingatkan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dihindari agat kita tidak dihalang dari memasuki syurga Allah kelak iaitu ;
1. Syirik (menyekutukan ) Allah dengan sesuatu

Kita semampu mungkin hendaklah menjauhi sebarang syirik di hati kita sama ada syirik besar mahu pun syirik kecil kerana perkara inilah penghalang utama seseorang masuk syurga. Tiada tempat di syurga untuk mereka yang menyekutukan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan syurga kepadanya, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun (Surah al-Maidah:72).

14 September, 2010


Saya Abu Aqil Adnan Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung Laman ini. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita semua setiap masa.

Kepada anaak didik yang bakal hadapi PMR tidak lama lagi, jangan raya sakan sangat. ye..hehe. perjuangan besar anda menanti tak lama lagi.


Tengku Muhammad Faris dimasyhur Sultan Kelantan



Alhamdulillah, semoga kemelut yang melanda istana sejak setahun yang lepas akan diselesaikan dengan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra ini. Semoga Allah SWT merahmati pemerintahan tuanku....Abuaqil Adnan

--------------------------

KOTA BHARU 13 Sept. - Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balairung Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya ketika mengumumkan pemasyhuran itu.

13 September, 2010

Soalan Percubaan B. Arab PMR Pulau Pinang



Berikut adalah link untuk muat turun soalan bahasa arab PMR iaitu soalan percubaan Pulau Pinang untuk latih tubi anda.

sila KLIK SINI untuk muat turun.

kredit kepada syeikh idhar kk kerana sudi share soalan ini. JAZAKALLAH.

Semoga Bermanfaat untuk semua.

Contoh karangan ( insyak) : Ų£Ł…Ł„ŁŠ/ Ų£Ł…Ł†ŁŠŲŖŁŠ ( cita-cita saya)

Berikut adalah contoh insyak ( karangan) bertajuk 'cita-cita saya' untuk dimanfaatkan oleh calon PMR 2010. Anda boleh menghafal karangan ini untuk membiasakan diri dengan karangan (insyak) dalam Bahasa Arab. Semoga bermanfaat untuk anda.

Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.



12 September, 2010

Paderi kontroversi umum tarik balik kempen bakar al-Quran



GAINESVILLE: Sebuah gereja kecil di Florida yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia berikutan ugutannya untuk membakar al-Quran pada upacara memperingati serangan 11 September, menarik balik rancangannya. 

“Saya ingin menjelaskan dan mengesahkan 100 peratus bahawa tiada sebarang kitab al-Quran akan dibakar pada jam 6.00 petang ini seperti yang dirancangkan sebelum ini,” kata pemimpin gereja, KA Paul dalam satu sidang akhbar.

Paul bertindak sebagai jurucakap Paderi Terry Jones (gambar) minggu ini untuk membincangkan rancangan memperingati peristiwa serangan 11 September dengan membakar beberapa naskhah kitab suci al-Quran.

11 September, 2010

Gereja kecil Florida sedia batal bakar al-Quran


PADERI Dove World Outreach Center, Terry Jones menjawab soalan mengenai rancangan meneruskan membakar al-Quran esok.

Paderi akan akur jika Obama meminta tak terus rancangan 


GAINSEVILLE: Seorang paderi Florida yang mengundang kecaman dunia kerana merancang membakar beratus al-Quran esok, berkata beliau mungkin membatalkan hasratnya itu jika Presiden Amerika Syarikat Barack Obama meminta beliau untuk tidak melakukannya.

Terry Jones, Ketua Dove World Outreach Center, memberitahu akhbar USA Today setakat ini beliau belum dihubungi Rumah Putih berhubung rancangannya membakar kita suci Islam itu sempena menandakan ulang tahun kesembilan serangan pengganas 11 September.

“Jika Obama meminta kami membatalkannya sudah semesti kami akan menimbangkannya. Saya tidak akan dapat mengabaikan panggilan dari Rumah Putih,” katanya. 

Obama semalam memberi amaran tindakan membakar al-Quran akan hanya menguntungkan kumpulan pengganas Al-Qaeda yang didakwa melancarkan serangan terhadap AS pada 2001 itu yang membunuh hampir 3,000 orang. 

“Anda tahu, tindakan berkenaan akan mencetuskan keganasan serius di tempat seperti Pakistan atau Afghanistan,” Obama memberita rangkaian televisyen ABC. 

09 September, 2010

Berakhir Ramadan: Bimbang Amalan Tidak Diterima


Para ulama salaf terdahulu begitu semangat untuk menyempurnakan amalan mereka, kemudian mereka berharap-harap agar amalan tersebut diterima oleh Allah dan bimbang jika tertolak. Merekalah yang disebutkan dalam firman Allah,
وَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ يُŲ¤ْŲŖُŁˆŁ†َ Ł…َŲ§ Ų¢ŲŖَوْŲ§ وَŁ‚ُŁ„ُوبُهُŁ…ْ وَŲ¬ِŁ„َŲ©ٌ
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.” (Qs. Al Mu’minun: 60)

‘Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Mereka para salaf begitu berharap agar amalan-amalan mereka diterima daripada banyak beramal. Bukankah engkau mendengar firman Allah Ta’ala,
Ų„ِنَّŁ…َŲ§ يَŲŖَŁ‚َŲØَّŁ„ُ اللَّهُ Ł…ِنَ Ų§Ł„ْŁ…ُŲŖَّŁ‚ِŁŠŁ†َ
Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Al Ma-idah: 27)”

Dari Fudholah bin ‘Ubaid, beliau mengatakan, “Seandainya aku mengetahui bahwa Allah menerima dariku satu amalan kebaikan sebesar biji saja, maka itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya, kerana Allah Ta’ala berfirman,
Ų„ِنَّŁ…َŲ§ يَŲŖَŁ‚َŲØَّŁ„ُ اللَّهُ Ł…ِنَ Ų§Ł„ْŁ…ُŲŖَّŁ‚ِŁŠŁ†َ
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Al Ma-idah: 27)”
Related Posts with Thumbnails
 
Share