30 September, 2010
Terkini : SPM 2010 Akan Bermula 23 November
KUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya
pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lepas.
Pindaan tarikh itu juga dimuat turun di laman sesawang LPM pada minggu pertama bulan Jun lepas, sementara jadual waktu peperiksaan SPM yang baru sudahpun dicetak dan dihantar ke semua Jabatan Pelajaran negeri untuk diedarkan ke semua sekolah menengah pada 23 Julai lepas, katanya.
Kementerian itu berkata pemindaan tarikh peperiksaan itu dibuat berikutan langkah kerajaan Johor mewartakan 22 November sebagai cuti umum negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Dengan itu peperiksaan SPM tahun ini akan bermula dari 23 November dan berakhir pada 20 Disember 2010, katanya. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan