27 September, 2010

Pentadbiran Al-Azhar kutuk dakwaan paderi



kenapa ketua paderi ini suka menyibuk tentang kitab suci agama lain?. sesungguhnya Allah telah menjamin ketulenan al-Quran sampai bila-bila...Abuaqil Adnan

------------------------

Tuduhan ketua Gereja Koptik boleh jejas perpaduan 

KAHERAH: Majlis tertinggi agama Islam Mesir, Al-Azhar mengkritik kenyataan ketua paderi Gereja Koptik Mesir, Bishop Bishoy yang mendakwa beberapa surah baru dimasukkan ke dalam kitab suci al-Quran selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Al-Azhar dalam satu kenyataannya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Bishoy yang juga ketua majlis teologi Gereja Koptik Mesir dan menyifatkan dakwaan beliau boleh menjejaskan perpaduan rakyat Mesir.
Ketegangan antara umat Islam Mesir dan kelompok minoriti Koptik, semakin meningkat berikutan isu seperti pembinaan gereja baru, pertelagahan mengenai pertukaran agama selain perbalahan agama. Kedua-dua kelompok masyarakat secara keseluruhannya hidup harmoni walaupun pertempuran dan serangan pernah berlaku. 

“Kenyataan tidak bertanggungjawab itu mengancam perpaduan rakyat yang perlu dikekalkan,” kata Al-Azhar dalam dalam satu kenyataan. 

Badan itu juga mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin bagi membincangkan mengenai perkara itu berikutan kebimbangan ia boleh mencetuskan keganasan. 

Media Mesir melaporkan dalam satu ceramah yang diadakan Rabu lalu, Bishoy mendakwa beberapa surah dalam al-Quran dimasukkan selepas kewafatan Nabi Muhammad oleh salah seorang pengganti baginda. 
“Soalan saya ialah sama ada beberapa surah di dalam al-Quran dimasukkan selepas kewafatan Nabi Muhammad bukan kritik atau tuduhan. Ia hanya soalan mengenai beberapa surah yang bertentangan dengan kepercayaan Kristian,” kata Bishoy yang dipetik akhbar tempatan. 

Minggu lalu Bishoy dalam temuramah dengan akhbar Al-Masry Al-Youm berkata bahawa ‘Muslim hanya tetamu di negara ini’ kenyataan yang mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan beribu-ribu umat Islam kelmarin. 

Media juga memetik dakwaan Bishoy yang berkata kenyataannya disalah faham. 

Sementara itu seorang pegawai Gereja Koptik enggan memberi ulasan atau mengesahkan kenyataan paderi berkenaan. 

Pemimpin Gereja Koptik, Pope Shenouda III dijadual menyampaikan ucapan membabitkan ketegangan terbaru menerusi stesen televisyen Mesir malam ini. 

Pemimpin pertubuhan Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badeea menggesa umat Islam bertindak balas terhadap sesiapa saja yang cuba mencemar kesucian Islam dan al-Quran. 

Parti politik dan media menggesa anggota masing-masing menjauhi perdebatan bagi meredakan kontroversi kedua-dua agama. – AP 


sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share