09 September, 2010

Berakhir Ramadan: Bimbang Amalan Tidak Diterima




Para ulama salaf terdahulu begitu semangat untuk menyempurnakan amalan mereka, kemudian mereka berharap-harap agar amalan tersebut diterima oleh Allah dan bimbang jika tertolak. Merekalah yang disebutkan dalam firman Allah,
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.” (Qs. Al Mu’minun: 60)

‘Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Mereka para salaf begitu berharap agar amalan-amalan mereka diterima daripada banyak beramal. Bukankah engkau mendengar firman Allah Ta’ala,
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Al Ma-idah: 27)”

Dari Fudholah bin ‘Ubaid, beliau mengatakan, “Seandainya aku mengetahui bahwa Allah menerima dariku satu amalan kebaikan sebesar biji saja, maka itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya, kerana Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Al Ma-idah: 27)”


Ibnu Diinar mengatakan, “Tidak diterimanya amalan lebih aku bimbangkan daripada banyak beramal.”
Abdul Aziz bin Abi Rowwad berkata, “Saya menemukan para salaf begitu semangat untuk melakukan amalan soleh. Apabila telah melakukannya, mereka merasa bimbang apakah amalan mereka diterima atau tidak.”
Oleh kerana itu sebagian ulama sampai-sampai mengatakan, “Para salaf biasa memohon kepada Allah selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadan. Kemudian enam bulan sisanya, mereka memohon kepada Allah agar amalan mereka diterima.”
Lihat pula perkataan ‘Umar bin ‘Abdul Aziz berikut tatkala beliau berkhutbah pada hari raya Idul Fithri,
“Wahai sekamu manusia, kamu telah berpuasa selama 30 hari. Kamu pun telah melaksanakan shalat tarawih setiap malamnya. Kamu pun keluar dan memohon pada Allah agar amalan kamu diterima. Namun sebagian salaf malah bersedih ketika hari raya Aidul Fitri. Dikatakan  kepada mereka, “Sesungguhnya hari ini adalah hari penuh kebahagiaan.” Malah mereka mengatakan, “Kamu benar. Akan tetapi aku adalah seorang hamba. Aku telah diperintahkan oleh Rabbku untuk beramal, namun aku tidak mengetahui apakah amalan tersebut diterima atau tidak.”
Itulah kebimbangan para salaf. Mereka begitu bimbang kalau-kalau amalannya tidak diterima. Namun berbeza dengan kita yang amalannya begitu sedikit dan sangat jauh dari amalan para salaf. Kita begitu berpuas hati dan yakin diterimanya amalan kita. Sungguh, teramatlah jauh kita dengan mereka.
sebab itu antara amalan mereka pada hari raya ialah mengucapkan ucapana yang bermaksud ' semoga Allah menerima amalan kita semua'.
semoga Allah SWT menerima semua amal soleh kita dan mendapat keampunanNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share