09 September, 2010

9 Ditahan Tunai Sembahyang dan Khutbah Raya



Dah ada yang beraya dua hari sebelum yang sepatutnya. Ini akibat terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang tak sepatutnya atau dah tak sabar nak beraya. semoga kita semua dapat mengambil iktibar...Abu Aqil Adnan

----------------------------
SHUIT (kanan) bersama lapan pengikut jemaah Jamiah Al-Zikri Awwalun dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar selepas ditahan kerana meraikan Aidilfitri lebih awal, semalam.
Ketua, pengikut Jamiah Al-Zikri Awwalun mengaku salah

KANGAR: Ketua jemaah dikenali ‘Jamiah Al-Zikri Awwalun', Shuit Ismail, 51, yang ditahan bersama lapan yang lain termasuk tiga anggota keluarganya kerana menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, di sini, semalam dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara.

Keputusan itu dibuat Ketua Hakim Syarie, Othman Ibrahim, selepas tertuduh yang lebih dikenali dengan panggilan Che Shuit mengaku salah atas pertuduhan berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.


Selain Shuit, isterinya, Haslina Md Hashim, 50, dan dua anak lelakinya iaitu Zul Haq, 21, dan Hakimul Ariff, 19, turut mengaku salah atas pertuduhan sama bersama lima pengikutnya yang lain.

Mereka ialah Shahrizal Ahmad, 25; Ahmad Darus, 52; Kamaridan Man, 54; Shahrul Nizan Yusuf, 21, dan seorang wanita Nor Azlina @ Agatha Abdullah, 53.

Semua lapan pengikut berkenaan dijatuhi hukuman RM900 setiap seorang atau denda tiga bulan penjara. Pendakwaan dilakukan Peguam Syarie, Fakhrurrazi Md Mahdzir.

Sebelum itu pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam, sekumpulan sembilan individu dipercayai anggota jemaah Jamiah Al-Zikri Awwalun ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri lebih awal di Surau Al-Zakirin yang dibuka di kawasan lot kedai di Taman Pertiwi Indah, dekat Seriab, di sini. 
Berdasarkan maklumat, kumpulan berkenaan membawa fahaman berasal dari Indonesia dan sebelum ini menyambut Ramadan lebih awal dua hari berbanding umat Islam lain di negara ini.

Ketika serbuan dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), semua anggota jemaah dikatakan sedang khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri yang disampaikan Shuit di mimbar khas yang disediakan di surau berkenaan.

Terdahulu, mereka dilapor menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah. Malah, hasil pemeriksaan pihak JAIPs turut menemui beberapa juadah termasuk lemang dan kuih yang dipercayai dihidang sempena jamuan pagi 'hari raya'.

Shuit ketika ditanya mengenai sebab kumpulannya itu beraya awal oleh Ketua Hakim Syarie, berkata ia berpandukan ketetapan umat Islam di Dumai, Indonesia yang dipercayai lokasi di mana dia pernah belajar ilmu agama suatu ketika dulu.

Bagaimanapun, Othman berkata sebagai rakyat Malaysia, adalah wajar semua mengikuti ketetapan Raja pemerintah termasuk ketetapan tarikh Aidilfitri.

"Mungkin niat kamu baik, tetapi hasrat kamu untuk berbuat baik itu silap. Paling penting, jangan sekali-kali kami berbuat celaru dan saya harap ini adalah yang terakhir," katanya. 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share