09 September, 2010

Bila Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat




Apabila hari raya Idul Fithri atau Idul Adha bertepatan dengan hari Jum’at, apakah solat Jum’at menjadi gugur kerana telah melaksanakan solat ‘ied? Untuk masalah ini para ulama memiliki dua pendapat.
Pendapat PertamaOrang yang melaksanakan solat ‘ied tetap wajib melaksanakan solat Jum’at.

Inilah pendapat kebanyakan pakar fiqh. Akan tetapi ulama Syafi’iyah menggugurkan kewajiban ini bagi orang yang nomaden (al bawadiy). Dalil dari pendapat ini adalah:

Pertama: Keumuman firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (QS. Al Jumu’ah: 9)


 Kedua: Dalil yang menunjukkan wajibnya solat Jum’at. Di antara sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

“Barangsiapa meninggalkan tiga solat Jum’at, maka Allah akan mengunci pintu hatinya.”[ Abu Daud no. 1052, dari Abul Ja’di Adh Dhomri. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan shahih.]


 Ancaman keras seperti ini menunjukkan bahawa solat Jum’at itu wajib.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِى جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِىٌّ أَوْ مَرِيضٌ

Solat Jum’at merupakan suatu kewajiban bagi setiap muslim dengan berjama’ah kecuali empat golongan: [1] budak, [2] wanita, [3] anak kecil, dan [4] orang yang sakit.”[ Abu Daud no. 1067, dari Thariq bin Syihab. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih.]

Ketiga: Kerana solat Jum’at dan solat ‘ied adalah dua solat yang sama-sama wajib (sebagian ulama berpendapat bahawa solat ‘ied itu wajib), maka solat Jum’at dan solat ‘ied tidak bisa menggugurkan satu dan lainnya sebagaimana solat Zhuhur dan solat ‘Ied.

Keempat: Keringanan meninggalkan solat Jum’at bagi yang telah melaksanakan solat ‘ied adalah khusus untuk ahlul bawadiy (orang yang nomaden seperti suku Badui). Dalilnya adalah,

قَالَ أَبُو عُبَيْدٍ ثُمَّ شَهِدْتُ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ فَكَانَ ذَلِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ قَدِ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِيهِ عِيدَانِ ، فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ مِنْ أَهْلِ الْعَوَالِى فَلْيَنْتَظِرْ ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ

“Abu ‘Ubaid berkata bahawa beliau pernah bersama ‘Utsman bin ‘Affan dan hari tersebut adalah hari Jum’at. Kemudian beliau solat ‘ied sebelum khutbah. Lalu beliau berkhutbah dan berkata, “Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya ini adalah hari di mana terkumpul dua hari raya (dua hari ‘ied). Siapa saja dari yang nomaden (tidak menetap) ingin menunggu solat Jum’at, maka silakan. Namun siapa saja yang ingin pulang, maka silakan dan telah kuizinkan.”[ Bukhari no. 5572.]

Pendapat KeduaBagi orang yang telah menghadiri solat 'Ied boleh tidak menghadiri solat Jum'at. Namun imam masjid dianjurkan untuk tetap melaksanakan solat Jum’at agar orang-orang yang punya keinginan menunaikan solat Jum’at bisa hadir, begitu pula orang yang tidak solat ‘ied bisa turut hadir.
Pendapat ini dipilih oleh majoriti ulama Hambali. Dan pendapat ini terdapat riwayat dari ‘Umar, ‘Utsman, ‘Ali, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas dan Ibnu Az Zubair. Dalil dari pendapat ini adalah:
Pertama: Diriwayatkan dari Iyas bin Abi Romlah Asy Syamiy, ia berkata, “Aku pernah menemani Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan ia bertanya pada Zaid bin Arqom,

أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِى يَوْمٍ قَالَ نَعَمْ. قَالَ فَكَيْفَ صَنَعَ قَالَ صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِى الْجُمُعَةِ فَقَالَ « مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّىَ فَلْيُصَلِّ ».

“Apakah engkau pernah menyaksikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertemu dengan dua ‘ied (hari Idul Fithri atau Idul Adha bertemu dengan hari Jum’at) dalam satu hari?” “ya”, jawab Zaid. Kemudian Mu’awiyah bertanya lagi, “Apa yang beliau lakukan ketika itu?” “Beliau melaksanakan solat ‘ied dan memberi keringanan untuk meninggalkan solat Jum’at”, jawab Zaid lagi. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang mahu solat Jum’at, maka silakan.”[ Abu Daud no. 1070, Ibnu Majah no. 1310.]

Asy Syaukani dalam As Sailul Jaror (1/304)  mengatakan bahawa hadis ini memiliki syahid (riwayat penguat). An Nawawi dalamAl Majmu’ (4/492) mengatakan bahawa sanad hadis ini jayyid (antara shahih dan hasan, pen). ‘Abdul Haq Asy Syubaili dalam Al Ahkam Ash Shugro (321) mengatakan bahawa sanad hadis ini shahih. ‘Ali Al Madini dalam Al Istidzkar (2/373) mengatakan bahawa sanad hadis ini jayyid (antara shahih dan hasan, pen). Syaikh Al Albani dalam Al Ajwibah An Nafi’ah (49) mengatakan bahawa hadis ini shahih.[6] Intinya, hadis ini bisa digunakan sebagai hujjah atau dalil.

Kedua: Dari ‘Atho’, ia berkata, “Ibnu Az Zubair ketika hari ‘ied yang jatuh pada hari Jum’at pernah solat ‘ied bersama kami di awal siang. Kemudian ketika tiba waktu solat Jum’at Ibnu Az Zubair tidak keluar, beliau hanya solat sendirian.

 Tatkala itu Ibnu ‘Abbas berada di Thoif. Ketika Ibnu ‘Abbas tiba, kami pun menceritakan kelakuan Ibnu Az Zubair pada Ibnu ‘Abbas. Ibnu ‘Abbas pun mengatakan, “Ia adalah orang yang menjalankan sunnah (ajaran Nabi) [ashobas sunnah].”[ Abu Daud no. 1071. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih.]

Jika sahabat mengatakan ashobas sunnah(menjalankan sunnah), itu berarti statusnya marfu’ yaitu menjadi perkataan Nabi.

Diceritakan pula bahawa ‘Umar bin Al Khattab melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Ibnu Az Zubair. Begitu pula Ibnu ‘Umar tidak menyalahkan perbuatan Ibnu Az Zubair. Begitu pula ‘Ali bin Abi Tholib pernah mengatakan bahawa siapa yang telah menunaikan solat ‘ied maka ia boleh tidak menunaikan solat Jum’at. Dan tidak diketahui ada pendapat sahabat lain yang menyelisihi pendapat mereka-mereka ini.[ Shahih Fiqh Sunnah, Syaikh Abu Malik, 1/596, Al Maktabah At Taufiqiyah.]

Kesimpulan:

1. Boleh bagi orang yang telah mengerjakan solat ‘ied untuk tidak menghadiri solat Jum'at sebagaimana berbagai riwayat pendukung dari para sahabat dan tidak diketahui ada sahabat lain yang menyelisihi pendapat ini.

2. Pendapat kedua yang menyatakan boleh bagi orang yang telah mengerjakan solat 'ied tidak menghadiri solat Jum'at, ini boleh dihukumi marfu’ (perkataan Nabi) kerana dikatakan “ashobas sunnah (ia telah mengikuti ajaran Nabi)”. Perkataan semacam ini dihukumi marfu’ (sama dengan perkataan Nabi), sehingga pendapat kedua dinilai lebih tepat.

3. Mengatakan bahawa riwayat yang menjelaskan pemberian keringanan tidak solat jum’at adalah khusus untuk orang yang nomaden seperti orang badui (yang tidak dihukumi wajib solat Jum’at), maka ini adalah terlalu memaksa-maksakan dalil. Lantas apa faedahnya ‘Utsman mengatakan, “Namun siapa saja yang ingin pulang, maka silakan dan telah kuizinkan”? Begitu pula Ibnu Az Zubair bukanlah orang yang nomaden, namun ia mengambil keringanan tidak solat Jum’at, termasuk pula ‘Umar bin Khattab yang melakukan hal yang sama.

4. Dianjurkan bagi imam masjid agar tetap mendirikan solat Jum’at supaya orang yang ingin menghadiri solat Jum’at atau yang tidak solat ‘ied bisa menghadirinya. Dalil dari hal ini adalah anjuran untuk membaca surat Al A’laa dan Al Ghosiyah jika hari ‘ied bertemu dengan hari Jum’at pada solat ‘ied dan solat Jum’at. Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca dalam dua ‘ied yaitu solat Jum’at “sabbihisma robbikal a’la”dan “hal ataka hadisul ghosiyah”.” An Nu’man bin Basyir mengatakan begitu pula ketika hari ‘ied bertepatan dengan hari Jum’at, beliau membaca kedua surat tersebut di masing-masing solat.[ Muslim no. 878.]
Hadis ini juga menunjukkan dianjurkannya membaca surat Al A’laa dan Al Ghosiyah ketika hari ‘ied bertetapan dengan hari Jum’at dan dibaca di masing-masing solat (solat ‘ied dan solat Jum’at).
5. Siapa saja yang tidak menghadiri solat Jum’at dan telah menghadiri solat ‘ied, maka wajib baginya untuk mengerjakan solat Zhuhur sebagaimana dijelaskan pada hadis yang sifatnya umum. Hadis tersebut menjelaskan bahawa bagi yang tidak menghadiri solat Jum’at, maka sebagai gantinya, ia menunaikan solat Zhuhur (4 raka’at).[ Lihat Fatwa Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyah wal Ifta’, 8/182-183, pertanyaan kelima dari Fatwa no. 2358, Mawqi’ Al Ifta.]
Semoga apa yang kami jelaskan d sini bermanfaat bagi kaum muslimin.  Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.
 Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal ( http://rumaysho.com)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share