12 Januari, 2013

Bersenam Lagi...




AbuAqil aka AbuSakeena

Saya mengambil kesempatan masa yang ada pada hujung minggu ini  untuk beriadah pada pagi ini. Destinasi pilihan ialah Kompleks Sukan Panji. Telah lama tidak hadir ke sini. Pergi bersama Aqilah Ahla, Aqil dan Syamil. Sakeena tidak dapat bersama kerana terpaksa pergi ke sekolah bersama mamanya untuk majlis suaikenal tahun satu di sekolahnya.

Sampai agak lewat lebih kurang pukul 7.50 pagi. Apa yang saya perasan ialah suasana lebih 'meriah' di kompleks sukan pagi ini kerana lebih ramai daripada kebiasaan. Mungkin azam tahun baru lebih ramai yang mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan berdasarkan ada yang memakai kasut baru untuk menunaikan azam tahun baru. Semoga semua dapat istiqamah.

Hanya hujung minggu sahaja dapat bersenam memandangkan masa yang semakin dihimpit dengan pelbagai urusan kehidupan. Namun dapat back-up dengan Sunnah Nabi saw iaitu puasa 2 kali seminggu. Insya Allah akan kekal sihat. Rujuk artikel Sihat Cara Nabi saw.


Berehat seketika bersama Aqil dan Syamil sebelum berangkat pulang

Riadah kali ini hanya mampu berlari sejauh 3.8 km dan membakar kalori sebanyak 224 dalam masa 52 minit mengikut laporan Endomondo. Perisian untuk mengetahui laporan lengkap aktiviti sukan yang dilakukan.

Alhamdulillah nikmat berpeluh hanya diketahui oleh  mereka yang sentiasa merasainya sahaja. Nikmat ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sesungguhnya Allah jadikan nikmat berpeluh dan bersukan itu sebagai  asbab untuk peroleh nikmat sihat.

Cari dan berusahalah untuk peroleh nikmat sihat sebelum ditimpa penyakit yang akan merencatkan kehidupan kita.

Semoga Allah memberikan kesihatan yang sempurna kepada kita semua untuk terus beribadat, beramal soleh serta menabur bakti kepada semua manusia.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share