17 Januari, 2013

Tutorial SPM : Ism al-Fa’il (اسم الفاعل ) Bahagian 1





AbuAqil aka AbuSakeena

Telah lama tidak buat nota tutorial. Kali ini saya ingin berkongsi ilmu Bahasa Arab SPM iaitu tajuk bahagian sorf ‘ ism al-fa’il. Ism al-Fa’il merupakan kata nama yang dibentuk daripada kata kerja ( fe’el). Ism al-fa’il bermaksud orang yang melakukan sesuatu kata kerja tersebut.  Terbahagi kepada dua jenis.

1)      FE’EL TIGA HURUF ( fe’el mujarrad)

Cara untuk menukar fe’el tersebut kepada ism al-fail ialah dengan menggunakan wazan
 ( فَاعِلٌ ), contoh :
Fe’el
Ism al-faa’il
Fe’el
Ism al-faa’il
ركب
رَاكِب
كتب
كَاتِب
يضرب
ضَارِب
يجلس
جَالِس

·         Sekiranya diberikan feel mudhari’ seperti (يضرب ) dan (يجلس  ) di atas ia tetap fe’el 3 huruf kerana huruf ya adalah huruf Mudhara’ah ( yang berada pada awal fe’el mudhari’)

#PERHATIAN :

Terdapat beberapa jenis fe’el yang di luar kaedah di atas dan mesti dihafal wazannya yang tersendiri :

-          Fe’el Muda’af ( ada sabdu), contoh :

Fe’el
Ism al-faa’il
Fe’el
Ism al-faa’il
عَدَّ
عَادٌّ
فَرَّ
فَارٌّ

-          Fe’el Naqis ( huruf illah di akhir) dan Ajwaf ( huruf illah di tengah)

Fe’el Naqis
Ism al-faa’il
Fe’el Ajwaf
Ism al-faa’il
قَضَى
قَاضٍ
قال
قائِل
دَعَى
دَاعٍ
نام
نائِم

Fe’el  misal ( huruf illah di depan) tiada apa-apa perubahan kerana sama dengan kaedah asal :

وَعَدَ    وَاعِدٌ

Bahagian dua akan menyusul iaitu feel 4,5,6 huruf…Insya Allah

5 comments:

Unknown berkata...

شكران

Unknown berkata...

Serius faham gila.nice2

Unknown berkata...

kalau utk انت،انتما،انتن macam mna pulak ye?

Unknown berkata...

Syukran

Unknown berkata...

Terima Kasih penerangan sgt jls

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share