19 Januari, 2013

Tutorial SPM : Ism al-Fa’il (اسم الفاعل ) Bahagian 2




AbuAqil aka AbuSakeena

Tutorial ini adalah sambungan tajuk  Ism al-Fa’il iaitu jenis yang kedua iaitu :

2)      FE’EL LEBIH DARIPADA TIGA HURUF ( fe’el mazid)

A)     FE’EL MADHI

Saya bahagikan fe’el ini kepada dua jenis iaitu yang bermula dengan alif dan tidak bermula dengan alif.

BERMULA DENGAN ALIF : Cara untuk menukarnya kepada ism al-fa’il ialah dengan menggantikan alif dengan huruf mim berbaris hadapan dan baris di bawah sebelum akhir.

TIDAK BERMULA DENGAN ALIF : letak mim berbaris depan di awal  dan baris di bawah sebelum akhir

Fe’el bermula dengan alif
Ism al-faa’il
Fe’el tiada alif di depan
Ism al-faa’il
أَفعَلَ
مُفْعِلٌ
فَعَّلَ
مُفْعِلٌ
اِفَتَعَلَ
مُفْتَعِلٌ
تَفَعَّلَ
مُتَفَعِّلٌ
انْفَعَلَ
مُنْفًعِلٌ
تَفَاعَلَ
مُتَفَاعِلٌ
اِسْتَفعَلَ
مُسْتَفْعِلٌ
فَاعَلَ
مُفَاعِلٌ

B)      FE’EL MUDHARI’

Sekiranya kalimah yang diberi adalah fe’el mudhari’ maka cara menukarkannya kepada ism al-fa’il ialah dengan menggantikan huruf ya dengan huruf mim berbaris depan(dhammah) dan baris di bawah sebelum akhir.

Fe’el mudhari’
Ism al-faa’il
Fe’el mudhari’
Ism al-faa’il
يُفعِلُ
مُفْعِلٌ
يُفَعِّلُ
مُفْعِلٌ
يَفَتَعِلُ
مُفْتَعِلٌ
يَتَفَعَّلُ
مُتَفَعِّلٌ
يَنْفَعِلُ
مُنْفًعِلٌ
يَتَفَاعَلُ
مُتَفَاعِلٌ
يَسْتَفعِلُ
مُسْتَفْعِلٌ
يُفَاعِلُ
مُفَاعِلٌ

Sungguh mudah. Sesiapa yang keliru dan tidak faham boleh bertanya . semoga bermanfaat.

2 comments:

nur dalila alyas berkata...

assalamualaikum ustaz,

pada bahagia pertama, ustaz tulis kalau dia bagi feel mudhari....dia dianggap fe'el 3huruf dan wazan dia فَاعِلٌ........but.......pada bahagian kedua, ustaz tulis kalau dia bagi feel mudhari....kita kena letak mim berbaris depan di awal dan baris di bawah sebelum akhir.............saya keliru degan dua statement nie.....boleh ustaz jelaskan?

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

salam dalila...sbb bhgn 2 tu feel 4,5,6 huruf cara dia masukkan mim di depan. berbeza dgn feel tiga huruf hanya guna wazan faail فاعل

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share