11 Januari, 2013

Sihat Cara Rasulullah SAW : Kajian Barat Membuktikannya




AbuAqil aka AbuSakeena

Alhamdulillah, masuk minggu kedua saya diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw iaitu berpuasa dua hari seminggu, hari Isnin dan Khamis. Amalan ini merupakan rutin Nabi SAW.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis [Imam al-Tirmizi]

Abu Hurairah ra menceritakan bahawa Nabi saw bersabda :

"Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai amalanku dibentang dalam keadaan aku berpuasa." [Imam al-Tirmizi]

Puasa sunat sememangnya sangat mencabar ketika orang di sekeliling sentiasa menjemput kita untuk makan, minum dan perlu melaksanakan tugas harian tanpa alasan berpuasa.

Amalan ini sebenarnya mempunyai banyak keutamaan selain kelebihan sebagaimana hadis di atas di mana amalan kita dibentangkan di hadapan Allah dalam keadaan kita berpuasa.

Keutamaan lain yang sangat besar ialah dapat menyihatkan tubuh badan dan mampu mengelakkan diri daripada pelbagai penyakit. Kajian terperinci dan praktikal telah dilakukan oleh Dr Micheal J. Mosley klik link untuk kenali beliau Michael_J._Mosley

Beliau telah mempopularkan 5:2 Diet yang telah membuktikan perubahan drastik laporan kesihatan badannya sendiri setelah mengamalkan puasa 2 hari seminggu selama 6 minggu.

Seseorang yang mengamalkan puasa 2 hari seminggu akan kekal sihat dengan izin Allah walaupun tidak melakukan senaman atau makan redah saja apa yang ada. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang sibuk dan kesuntukan masa untuk bersenam.

Rasulullah saw telah lama mengajar kita mengenai perkara ini untuk kekal sihat cuma tidak dinyatakan hikmah di sebalik puasa tersebut agar kita mengkaji sendiri. Akhirnya hikmahnya dibongkar oleh golongan bukan Islam.

Untuk memahami secara detail keutamaan puasa 2 hari seminggu dari sudut kesihatan, sila baca artikel oleh Dr Micheal J. Mosley, sila klik link di bawah :

5:2 diet can it help you lose weight and live longer

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk istiqamah sunnah Rasulullah saw ini dengan nawaitu yang betul.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada kekanda yang dikasihi, Amirizal Ishak yang sudi berkongsi info penting ini. Semoga Allah mengurniakan rahmat dan  kesihatan yang sempurna kepada kalian sekeluarga.

1 comments:

Unknown berkata...

terima kasih share... bertambah ilmu pengetahuan..

Collagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share