11 Januari, 2013

Semoga Allah Memberkati Kediaman & Kehidupan Kami



Kini
AbuAqil aka AbuSakeena

Tahun ini masuk tahun ke lapan saya menduduki rumah sendiri yang didiami sejak ogos 2006 ketika itu masih berkhidmat di bumi Cameron Highlands. Rumah yang paling kecil di kawasan sekitar didiami bersama isteri dan anak-anak yang semakin membesar, barang keperluan yang semakin bertambah.

Dulu
Saya mengambil keputusan untuk membesarkan sedikit rumah agar lebih selesa dan sempurna kehidupan beribadat. Pembinaan bermula selepas raya puasa yang lalu dan hampir siap sepenuhnya. Penambahan ruang tamu dan ruang makan, sebuah bilik study dan ibadat, dapur tambahan serta sebuah garaj yang memuatkan dua buah kereta. Kosnya bukan sedikit namun dengan rezeki kurniaan Allah dan kenaikan ke DG44 meyakinkan saya untuk melakukannya demi kesenangan ahli keluarga.


Ruang tamu yang lebih selesa

Bilik ibadat dan bilik study anak-anak
Dengan adanya bilik ibadat ini kami dapat solat berjamaah, membaca al-Quran dan mengajar Qiraati anak-anak dalam keadaan lebih baik. Aqilah dan Sakeena juga dapat membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran di bilik yang sama.

Tempat kereta berteduh

Alhamdulillah dunia telah menjadi milikku.

Nabi saw bersabda :

Sesiapa dari kalangan kamu yang berasa aman dengan tempat tinggalnya, diberikan kesihatan badan dan diberikan makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia seluruhnya. [ Imam al-Tirmizi]

Nabi juga mengajar kita agar berdoa sempena menduduki kediaman dengan membaca doa berikut :

 أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَق

 Doa ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :

 “ Barangsiapa yang singgah disuatu tempat kemudian mengucapkan: Audzubi Kalimatillah Attaammati min syarri maa khalaq ( aku berlindung kepada kalimat Allah yang Sempurna dari kejahatan ciptaan-Nya) maka tidak ada satupun yang mengganggunya hingga dia beranjak dari tempat tersebut “ ( Imam Muslim)

Semoga Allah memberkati kediaman dan hehidupan kami sekeluarga.

3 comments:

Unknown berkata...

salam...ziarah sini jap

Collagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex

Unknown berkata...

Alhamdulillah...cerita diatas seakan sama dgn saya, ingin menyediakan ruang ibadah yg selesa utk keluarga

um berkata...

Salam tuan. Saya minta izin umtuk jadikan contoh garaj kereta.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share