31 Julai, 2010
Kisah Nabi Yunus 'alaihissalam
Nabi Yunus 'alaihissalam termasuk nabi dari keturunan Bani Israil. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutusnya kepada penduduk negeri Ninawa di Mosul (Iraq). Beliau menyeru kaumnya untuk kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, namun mereka menolaknya.
Nabi Yunus 'alaihissalam tidak berputus asa, selalu berusaha dan berusaha berdakwah kepada mereka, namun mereka tetap menolak. Kemudian Nabi Yunus 'alaihissalam mengancam dengan azab dan pergi meninggalkan mereka, tidak sabar sebagaimana mestinya. Beliau 'alaihissalam pergi dalam keadaan marah.
Sementara itu, sepeninggal Nabi Yunus 'alaihissalam, Allah mengilhamkan kepada kaum tersebut untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Itu terjadi setelah mereka menyaksikan sebahagian dari pendahuluan azab yang diancamkan kepada mereka. Allah pun menyelamatkan mereka dari azab tersebut. Secara lahiriah, Nabi Yunus 'alaihissalam mengetahui mereka telah selamat dari azab itu, namun beliau tetap tidak mahu kembali. Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Berlindunglah Dijemput Maut Dengan Kesudahan Yang Buruk
"Sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli surga sehingga jarak antara dirinya dengan surga hanya hanya tinggal satu hasta, tapi (catatan) takdir mendahuluinya lalu dia beramal dengan amalan ahli neraka, lantas ia memasukinya. Dan sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya tinggal satu hasta, tapi (catatan) takdir mendahuluinya, lalu ia beramal dengan amalan ahli surga, lantas ia memasukinya." ( Imam al-Bukhari dan Muslim)
Dari Sahl bin Sa`ad as Saa`id r.a bahwa Nabi saw bersabda :
Ertinya : “Sesungguhnya seorang hamba benar-benar mengamalkan amalan ahli surga sebagaimana dilihat oleh manusia, padahal dia salah seorang dari penghuni neraka, dan seorang hamba mengerjakan amalan penghuni neraka sebagaimana yang disaksikan oleh manusia, padahal dia salah seorang penghuni surga, sesungguhnya amalan tersebut dinilai dikala penutupnya”.( Imam al-Bukhari dan Muslim)
30 Julai, 2010
Rileks Kejap : Penumpang Misteri
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
"Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL"
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.
Tidak Pernah Rugi Sesiapa Yang Selalu Berdoa
Sesiapa yang berdoa pasti akan mendapat ganjaran sama ada untuk kehidupan dunianya atau akhiratnya. Dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat penerimaan doa tersebut. Antara syarat dan ganjaran doa ialah hadis nabi dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahwa Rasulullah saw bersabda :
29 Julai, 2010
Kaligrafi 'Islamkan' Zakariya
![]() |
Mohamed Zakariya senang berkarya di studionya. |
Selain mualaf, beliau juga lebih dikenali kerana kejayaannya menghasilkan setem pos khas Aidilfitri.
Dibesarkan di California, ketika muda dia dilatih sebagai jurutera aeroangkasa. Bagaimanapun, kunjungan ke Maghribi telah mengubah keseluruhan hidupnya, termasuk perjalanan kerjaya masa depan.
Beliau tertarik dengan kebudayaan, agama dan bahasa yang diperoleh sepanjang berada di Maghribi. Pengalaman itulah yang mendorong Zakariya mendalami ilmu baru itu, sekali gus memeluk agama Islam.
Kecintaan dan minat mendalamnya dalam seni kaligrafi Arab berputik lebih awal iaitu ketika zaman kecilnya di Santa Monica. Ketika itu buat pertama kalinya dia terpandang kaligrafi Arab di atas sebidang permaidani yang tergantung pada dinding kedai karpet milik seorang yang berbangsa Armenia.
28 Julai, 2010
Jangan Malu Berkata “Tidak Tahu’’
Al Khatib Al Baghdadi mengisahkan bahwa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, “la adri“ (saya tidak tahu) (Al Faqih wa Al Mutafaqqih, 2/170).
Kejadian ini tidak hanya sekali. Dirwayatkan juga oleh Ibnu Mahdi bahwa seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, akan tetapi tidak satupun dijawab oleh beliau hingga lelaki itu mengatakan:“Aku telah melakukan perjalanan selama 6 bulan, diutus oleh penduduk bertanya kepadamu, apa yang hendak aku katakan kepada mereka?“ Imam Malik menjawab, “katakan bahwa Malik tidak mampu menjawab!“ (Nukilan dari Al Maqalat Al Kautsari, 398).
Red Devil, Jersi Bola dan Salib
Oleh : zaharuddin abd. Rahman
JAWAPAN
Wa'alaikumussalam,
Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-
وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)
27 Julai, 2010
Puasa Nisfu Syaaban Bidaah
Rasulullah berpuasa paling banyak dalam Syaaban selepas Ramadan. Apa maksud atau falsafah di sebalik perbuatan baginda ini?
SHUKRAN: Sememangnya daripada segi psikologi, kita mahukan yang terbaik dalam beribadat apabila masuk bulan Rejab, Syaaban hingga ke Ramadan. Sebab itu, kita ghairah beribadat.
Antara falsafah kenapa Nabi Muhammad SAW berpuasa sunat lebih dalam bulan Syaaban berbanding bulan lain adalah sebagai tanda perhambaan kita kepada Allah.
Setiap ibadat yang dilakukan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang menciptakan kita dan sekelian alam ini.
Selain itu, baginda juga mahu menggambarkan bahawa kita sedang memasuki satu fasa yang amat bererti dalam hidup iaitu Ramadan.
Cuma jangan pula kita berlebihan-lebihan dalam beribadat sehingga melebihi amalan baginda SAW.
Kita tidak nafikan kemampuan sesetengah orang berpuasa selama tiga bulan iaitu dari bulan Rejab, Syaaban hinggalah Ramadan.
Contoh karangan ( insyak) : Usrati (keluarga saya)
Berikut adalah contoh karangan yang kedua di'upload' untuk dimanfaatkan oleh calon PMR 2010. Anda boleh menghafal karangan ini untuk membiasakan diri dengan karangan (insyak) dalam Bahasa Arab. Semoga bermanfaat untuk anda.
Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.
Sila klik kiri pada imej di bawah untuk lebih jelas dan besar, kemudian klik kanan dan klik 'save image as' untuk disimpan.
26 Julai, 2010
19 Tanda Husnul Khatimah (mati dengan kesudahan yang baik)
Setiap daripada kita semestinya bercita-cita agar dijemput oleh malakul maut dalam keadaan yang diredai oleh Allah dan berlindung dengan Allah daripada maut dalam keadaan yang dimurkai olehNya.
Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda mati dengan kesudahan yang baik bersumberkan Al Qur’an dan hadis sahih, beliau menyenaraikan 19 tanda, antaranya ialah:
Pertama:dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang shahih diantaranya:
Pertama:dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang shahih diantaranya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga ) ( hadis hasan).
Kedua: kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:
Kedua: kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:
Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahwa ketika dia berada di Khurasan sedang menjengok seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berpeluh maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( kematian seorang mukmin disertai berpeluh dikeningnya ) ( hadis shahih ).
25 Julai, 2010
Yassin Ditahan Positif Ganja
SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.
Yassin,32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.
"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.
"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.
Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.
Suara Imam Masjidil Haram Membawanya Masuk Islam
Arab Saudi (voa-islam) - Seorang warga Philipina, Welby Estiblo yang bekerja di Layth Arab Saudi masuk Islam. Keputusannya untuk menjadi muslim karena sering mendengar suara merdu imam Masjidil Haram, Syaikh Mahir Mu'ayqali. Demikian seperti diberitakan harian Al-Madinah.
Webly sering mendengar suara merdu Syaikh Mahir melalui rancangan televisyen yang biasa ditontonnya pada bulan Ramadan lalu. Bacaan al-Qur'an Syaikh membuat bergetar hatinya. Dari situlah ia terdorong untuk lebih memahami Islam.
Setelah menjadi muslim, Webly mengganti namanya menjadi Daud. Seorang temannya, Galianto, telah lebih dulu masuk Islam dan mengganti namanya menjadi Abdul Aziz.
Daud menyaksikan keindahan Islam yang teduh dan melindungi golongan minoriti ketika pertama kali tiba di Arab Saudi. Padahal sebelumnya ia sangat membenci Islam. Keinginannya untuk masuk Islam belum timbul sehingga dia mendengar suara Syaikh Mahir melantunkan ayat-ayat suci al-Qur'an yang menggetarkan jiwanya.
Daud masuk Islam di tangan Syaikh Mahir. Ia berjanji akan mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Daud juga bertekad akan membangun masjid di Philipina dan akan menyebarkan Islam di sana. Ia ingin menkhabarkan keindahan Islam yang sebenarnya kepada warga Pilipina yang majoritinya beragama Katholik itu.
Selamat untukmu wahai saudaraku. Semoga Allah senantiasa menjaga dan memberkahimu serta menjadikanmu sebagai penyeru ke jalan-Nya yang lurus. (PurWD/Ihj)
Hadis Nabi : Kepentingan solat fardu dan solat sunat
Dari Abi Hurairah r.a. beliau berkata: Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang itu bagus, maka dia berjaya. Tetapi jika sembahyang itu rosak, maka dia rugi. Sekira ada apa-apa kekurangan didalam kewajipannya(solat) maka Allah Azza Wajal mengatakan:- Perhatikan apakah hamba aku mempunyai sembahyang sunat yang boleh dia menyempurnakan kekurangannya didalam solat fardu. Segala amalannya yang lain akan diadili seperti itu.( Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, Al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad)
Hadis di atas menjelaskan kepentingan solat fardu dan solat sunat. Solat fardu merupakan amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT. Sekira solatnya diterima maka dialah manusia paling beruntung kerana akan diterima semua amalan-amalan yang lain. Sekira solatnya tidak sempurna disebabkan tidak khusyuk, lalai dalam solat, melewat-lewatkan solat dan seumpamanya , maka Allah memerintahkan para malaikat mencari solat-solat sunat yang pernah dilakukan untuk menampung kekurangan solat fardu tadi.
Mesti Hafal : Doa Agar Diteguhkan di Atas Hidayah
Antara doa yang mesti dibaca setiap masa ialah memohon agar sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah dan agar tidak dicabut iman dalam diri. Berikut dinukilkan beberapa doa dari al-Quran dan hadis Nabi saw yang mesti dihafal oleh setiap mukmin.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba'da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Ertinya: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari isi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi kurnia." (Surah Ali Imran: 7)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi 'Ala Diinik
Artinya: “Wahai zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
24 Julai, 2010
Indahnya Silaturrahim
Sejenak merenung usia insan, senantiasa kehidupan insan ditemani manusia disekelilingnya, bergelar keluarga,teman,jiran dan orang ramai.
Apabila merenung lebih dekat pada hakikat insan, kita selalu berdepan dengan 'silaturrahim'. Ramai orang melafazkan kalimah ini, tetapi tidak pernah mendalami maksud yang tersirat disebalik perkataan mulia ini. Sebenarnya perkataan 'silaturrahim' berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ikatan kasih(perhubungan).
Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.(Shahih Muslim No.4635)
Apabila merenung lebih dekat pada hakikat insan, kita selalu berdepan dengan 'silaturrahim'. Ramai orang melafazkan kalimah ini, tetapi tidak pernah mendalami maksud yang tersirat disebalik perkataan mulia ini. Sebenarnya perkataan 'silaturrahim' berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ikatan kasih(perhubungan).
Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.(Shahih Muslim No.4635)
Kesahihan Amalan Dan Fadilat, Malam Nisfu Syaaban
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ( Dr MAZA)
Anisah, Bangi.
Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;
1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
23 Julai, 2010
Pelacur, Anjing Dan Kehidupan
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.
Labels:
adab sesama islam,
dosa dan pahala,
Taubat
Penulis Yahudi Jerman Terkenal: Saya Kembali Ke Fitrah Islam
HAMBURG (voa-islam.com): Penulis yahudi terkenal berbangsa Jerman "Henryk Broder" ( gambar )mengumumkan masuk Islam, setelah serangkaian panjang tulisan-tulisannya yang memusuhi Islam dan umat Islam.
Koran "Palestina Online" menyebutkan bahwa Henryk Broder adalah veteran jurnalis majalah yang sangat popular di Jerman Der Spiegel, dan penulis buku terlaris di Jerman pada tahun 2007, yang berjudul "Hei Eropa .. engkau menyerah" dan dianugerahi penghargaan buku Jerman pada tahun itu.
Diantara ucapannya yang terkenal sebelum memeluk Islam: "Saya tidak ingin Eropa menyerah kepada kaum muslimin, ketika Menteri Kehakiman Jerman mengatakan bisa saja syariat Islam menjadi dasar hukum .. maka Eropa harus berdamai; ideologi Islam telah menjadi terkait dengan permusuhan dengan gaya hidup modern barat dan saya menyarankan kaum muda Eropa untuk hijrah, karena Eropa kini tidak akan tetap demikian selama lebih dari dua puluh tahun .. Eropa beralih ke Islam secara demografis .. Kami memberikan persetujuan secara aneh dalam menanggapi tindakan fundamentalis Islam. "
Koran "Palestina Online" menyebutkan bahwa Henryk Broder adalah veteran jurnalis majalah yang sangat popular di Jerman Der Spiegel, dan penulis buku terlaris di Jerman pada tahun 2007, yang berjudul "Hei Eropa .. engkau menyerah" dan dianugerahi penghargaan buku Jerman pada tahun itu.
Diantara ucapannya yang terkenal sebelum memeluk Islam: "Saya tidak ingin Eropa menyerah kepada kaum muslimin, ketika Menteri Kehakiman Jerman mengatakan bisa saja syariat Islam menjadi dasar hukum .. maka Eropa harus berdamai; ideologi Islam telah menjadi terkait dengan permusuhan dengan gaya hidup modern barat dan saya menyarankan kaum muda Eropa untuk hijrah, karena Eropa kini tidak akan tetap demikian selama lebih dari dua puluh tahun .. Eropa beralih ke Islam secara demografis .. Kami memberikan persetujuan secara aneh dalam menanggapi tindakan fundamentalis Islam. "
22 Julai, 2010
Pembantu rumah jadi jutawan sekelip mata
SINGAPURA 21 Julai - Seorang pembantu rumah Filipina mewarisi S$6 juta (RM14.4 juta) daripada mendiang majikannya selepas lebih 20 tahun berkhidmat, lapor akhbar Straits Times hari ini.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Christine, 47, itu berkata, dia merupakan pembantu rumah paling bertuah sama ada mendapat aset sebanyak itu atau tidak dan meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang nyawanya terancam jika pulang ke negara asalnya.
'Rezeki' itu yang termasuk wang tunai dan apartmen mewah dekat kawasan membeli-belah Orchard Road, adalah wasiat daripada bekas majikannya, Quek Kai Miew yang merupakan doktor dan dermawan yang meninggal dunia pada tahun lalu ketika dia berusia 66 tahun.
Christine yang ketika ditemu ramah hanya memakai blaus dan seluar dengan rambut dipotong pendek, kini memohon status penduduk tetap di Singapura dan menyatakan bahawa kekayaan yang diwarisi tidak mengubah gaya hidupnya. - AFP
Status Hadis Peristiwa yang Disaksikan Rasulullah saw pada Malam Isra' Mi'raj
Setiap kali tiba bulan Rejab umat Islam di Negara kita akan mengadakan majlis menyambutnya dengan ceramah-ceramah agama yang menceritakan peristiwa Isra’ Mikraj. Pelbagai versi cerita yang disampaikan oleh penceramah antaranya ialah peristiwa-peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah saw sepanjang perjalanan. Kebanyakan riwayat tersebut bersumberkan riwayat yang tidak sahih. Berikut dinyatakan status hadis beberapa peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah saw mengikut penilaian ulama hadis muta’akhirin untuk panduan kita semua..
1) Balasan Terhadap Pengumpat
Beliau melihat satu kaum yang memiliki kuku dari tembaga yang dengannya mereka mencakar wajah dan dada mereka sendiri. Maka Rasulullah SAW: maka aku bertanya: siapakah mereka wahai Jibril ? dia menjawab: Mereka adalah orang-orang yang memakan daging saudaranya sendiri (ghibah) dan melanggar kehormatan mereka. Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud dishahihkan oleh Syaikh Albani dan Al-Arnauth.
2) Beliau melihat para Nabi
Dan beliau melihat para Nabi ’alaihimus shalatu wassalam di setiap langit beliau melihat seorang Nabi atau lebih.( Imam al-Bukhari, Muslim)
Wartawan foto peluk Islam
Susunan ZUARIDA MOHYIN
KASH” Gabriele Torsello ialah seorang wartawan bebas berbangsa Itali dan wartawan foto yang berpangkalan di London.
Sewaktu mengembara dari Helmand ke Kandahar, di selatan Afghanistan, Torsello ditangkap ketika dalam bas bersama dengan penterjemah, Ghulam Mohammad. Pun begitu Ghulam telah dibebaskan tanpa dicederakan pada 12 Oktober 2006.
Tidak diketahui bila anak kelahiran Alessano, sebuah pekan kecil di selatan Itali itu memeluk agama Islam dan maklumat tepat yang ditemui adalah tarikh dia ditahan iaitu pada 12 Oktober 2006 dan pada 3 November 2006, dia dibebaskan. Torsello adalah pengarang buku The Heart of Kashmir.
Dalam satu kenyataannya ketika di dalam tahanan, kata Torsello: “Saya telah dibawa ke satu tempat dan saya telah dipaksa turun berkaki ayam tetapi mata saya tidak ditutup sebagaimana kebiasaan yang dialami oleh tawanan. Kaki saya digari menyebabkan saya terpaksa melompat untuk memudahkan pergerakan. Saya ingatkan mereka akan membunuh saya tetapi sebaliknya, meletakkan saya dalam sebuah kereta”.
Twitter, Facebook bantu pencuri
Berdasarkan kajian, ramai pengguna laman web sosial itu menyiarkan alamat masing-masing bersama perincian lain, termasuk bila dan ke mana mereka akan bercuti.
Melalui kajian 50 bekas pencuri dikendali syarikat insurans More Than, kebanyakan penjenayah meluangkan masa secukupnya menyelidik sasaran mereka sebelum bertindak.
Bekas pencuri yang kini menjadi paderi, Richard Taylor, berkata pada ketika dulu penjenayah memperoleh maklumat daripada posmen atau penjual susu.
21 Julai, 2010
Doa Ketika Mendiami Rumah Baru
Kebiasaannya bila seseorang itu ingin mendiami rumah baru, akan dibuat macam-macam majlis dan keraian dengan mengadakan jamuan sebagai tanda kesyukuran. Ini adalah perkara yang digalakkan dalam agama. namun ramai yang tidak tahu terdapat satu hadis nabi saw yang mengajar kita untuk membacanya bila menuduki sesuatu tempat baru.
Dalam hal ini Rasulullah SAW mengajarkan doa yang singkat namun sangat bermakna:
Dalam hal ini Rasulullah SAW mengajarkan doa yang singkat namun sangat bermakna:
وعن سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ قال سَمِعْتُ خَوْلَةَ بِنْتَ حَكِيمٍ السُّلَمِيَّةَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:"مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِك
Dari Sa’ad bin Abi Waqqash radhiallahu ‘anhu berkata: aku mendengar Khaulah bin Hakim Assulamiyyah berkata: aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “ Barangsiapa yang singgah disuatu tempat kemudian mengucapkan: Audzubi Kalimatillah Attaammati min syarri maa khalaq ( aku berlindung kepada kalimat Allah yang Sempurna dari kejahatan ciptaan-Nya) maka tidak ada satupun yang mengganggunya hingga dia beranjak dari tempat tersebut “ ( Imam Muslim)
LAFAZ DOA IALAH :
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Surah al-‘Ashr: Pengurusan Masa Dalam Islam.
Surah al-ashr merupakan surah yang ringkas dan pendek namun mempunyai asas pengurusan hidup untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
Labels:
Keagungan al-Quran,
kehidupan dunia
Syaikh Ikrimah: Ramai Orang Yahudi dan Kristian Masuk Islam di Jerusalem
Pimpinan ulama Muslim dan pengkhutbah di Jerusalem, Syaikh Ikrimah Sabri ( gambar ) mengatakan: "Isu-isu pengumuman masuk Islamnya umat kristian ataupun yahudi datang dari negara yang berbeza dan umur yang berbeza, lelaki dan perempuan, mereka awalnya datang ke Jerusalem untuk tujuan belajar Islam, sementara beberapa orang lain datang dalam rangka urusan bisnes atau pelancongan," seperti dilaporkan laman Aljazeera.
Keempat orang Yahudi Israel tahun lalu menyatakan diri masuk Islam, dan mereka tinggal di Jerusalem, termasuk Daniel Hornstein, yang lahir di Israel.
20 Julai, 2010
Latih Tubi : Qawaid 2
Sila jawab soalan-soalan qawaid/nahu di bawah untuk latih tubi anda. semoga bermanfaat.sekiranya tidak faham atau ingin bertanya sila tinggalkan komen di bawah.
untuk besarkan imej, sila klik pada gambar.
Latih Tubi : Soalan Qawaid 1
Sila jawab soalan-soalan qawaid/nahu di bawah untuk latih tubi anda. semoga bermanfaat.sekiranya tidak faham atau ingin bertanya sila tinggalkan komen di bawah.
Jerat di Facebook : Akibat Menurut Nafsu
Gadis berusia 20-an itu memuatkan nombor telefon dalam laman sosial terbabit serta mempamerkan gambar seksi bagi menawan mangsa.
Apabila ada individu menghubunginya, dia akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat bertemu.
Bagaimanapun, gadis berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan tiba, walaupun wang sudah dimasukkan ke dalam akaunnya.
Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ gadis itu, Azahar Omar, 32, mendakwa dia melihat maklumat peribadi gadis itu dalam Facebook pada 10 Julai lalu yang menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.
“Saya menghubungi gadis berkenaan pada 16 Julai lalu dan dia menawarkan diri menjadi teman tidur sebelum kami berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Dia mendakwa berada di Alor Setar, Kedah dan sedia berjumpa saya dengan syarat memasukkan RM150 ke dalam akaun bank ,” katanya di sini, semalam.
Azhar berkata, keesokannya, gadis berkenaan menghubunginya tetapi meminta dimasukkan RM100 ke akaun bank sebagai syarat untuk bertemunya di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Berikutan itu, lelaki terbabit pergi ke Bandar Perda tetapi gadis berkenaan memaklumkan perlu memasukkan RM100 lagi ke akaunnya.
Bagaimanapun, gadis terbabit tetap tidak muncul selepas dia memasukkan lagi wang.
“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar,” katanya.
selepas kehabisan RM450 untuk memerangkapnya," katanya.
Difahamkan, beberapa lelaki yang teruja dengan tawaran gadis terbabit menjadi 'mangsa' dan kerugian beratus ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.
Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan berkata taktik gadis berkenaan ialah satu bentuk penipuan bagi menjalankan kegiatan pelacuran menggunakan laman sosial.
Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ gadis itu, Azahar Omar, 32, mendakwa dia melihat maklumat peribadi gadis itu dalam Facebook pada 10 Julai lalu yang menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.
“Saya menghubungi gadis berkenaan pada 16 Julai lalu dan dia menawarkan diri menjadi teman tidur sebelum kami berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Dia mendakwa berada di Alor Setar, Kedah dan sedia berjumpa saya dengan syarat memasukkan RM150 ke dalam akaun bank ,” katanya di sini, semalam.
Azhar berkata, keesokannya, gadis berkenaan menghubunginya tetapi meminta dimasukkan RM100 ke akaun bank sebagai syarat untuk bertemunya di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Berikutan itu, lelaki terbabit pergi ke Bandar Perda tetapi gadis berkenaan memaklumkan perlu memasukkan RM100 lagi ke akaunnya.
Bagaimanapun, gadis terbabit tetap tidak muncul selepas dia memasukkan lagi wang.
“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar,” katanya.
selepas kehabisan RM450 untuk memerangkapnya," katanya.
Difahamkan, beberapa lelaki yang teruja dengan tawaran gadis terbabit menjadi 'mangsa' dan kerugian beratus ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.
Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan berkata taktik gadis berkenaan ialah satu bentuk penipuan bagi menjalankan kegiatan pelacuran menggunakan laman sosial.
































