30 Julai, 2010

Tidak Pernah Rugi Sesiapa Yang Selalu Berdoa



Kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bergantung dengan Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Jangan sekali-kali putus harapan dan berputus asa dengan pertolongan Allah. Berdoalah setiap masa. Kerana orang yang sentiasa berdoa akan mendapat kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Tidak pernah rugi orang yang tekun berdoa. Namun sesiapa yang malas atau liat untuk berdoa akan menyesal sehabis-habisnya di akhirat nanti.

Sesiapa yang berdoa pasti akan mendapat ganjaran sama ada untuk kehidupan dunianya atau akhiratnya. Dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat penerimaan doa tersebut. Antara syarat dan ganjaran doa ialah hadis nabi dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahwa Rasulullah saw bersabda :


 “Tiada seorang muslim pun yang memohon (kepada Allah Ta’ala) dengan doa yang tidak mengandung dosa (permintaan yang haram), atau pemutusan hubungan (baik) dengan keluarga/kerabat, kecuali Allah akan memberikan baginya dengan (sebab) doa itu salah satu dari tiga perkara: [1] boleh jadi akan disegerakan pengabulan doanya, [2] atau Allah akan menyimpannya untuk kebaikan (pahala) baginya di akhirat, [3] atau akan dihindarkannya dari keburukan (bencana) yang sesuai dengannya”. Para sahabat radhiyallahu ‘anhum berkata: Kalau begitu, kami akan memperbanyak (doa kepada Allah). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salalm bersabda, “Allah lebih luas (rahmat dan kurniaanNya)”. ( Imam Ahmad disahihkan oleh al-hakim, Ibn Hajar dan al-Albaniy)


Pengajaran dari hadis :

1- Syarat doa diterima antaranya ialah hendak doa itu bukan kea rah dosa dan maksiat serta bukan memutuskan silaturahim sesame muslim.

2- Seseorang yang berdoa akan mendapat salah satu daripada tiga perkara di bawah :

          a- Diterima doa serta-merta
          b- Disimpan untuk akhirat dalam bentuk pahala.
          c- Diselamatkannya daripada musibah dan bencana.

Alangkah beruntungnya golongan yang banyak berdoa kerana pasti mereka akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga Allah membimbing kita agar sentiasa berdoa kepadaNya setiap masa.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share