Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"
Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup.
Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu botol kaya cap kipas udang untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .
"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan...
0 comments:
Catat Ulasan